Berita Harian

‘Beri peluang pegawai kontrak lanjut pengajian’

-

Kuala Lumpur: Kerajaan wajar mewujudkan peluang saksama kepada pegawai perubatan di negara ini untuk menimba pengalaman dan melanjutka­n pengajian ke bidang kepakaran tertentu.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskar­an, berkata langkah itu selari unjuran kerajaan melahirkan 13,000 pakar dalam bidang berkaitan menjelang penghujung tahun ini.

Bagaimanap­un, katanya, Malaysia hanya mempunyai 8,000 pakar setakat ini di sektor swasta dan hospital awam.

“MMA kesal dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi jawapan bertulis di Parlimen bahawa pegawai perubatan kontrak yang ingin melanjutka­n pengajian ke peringkat pakar harus menanggung sendiri kos pengajian.

“Walaupun mana-mana pegawai perubatan menamatkan pengajian di luar negara, mereka tidak ditawarkan sebarang peluang pekerjaan di sektor awam kerana proses pengambila­n dibekukan sejak 2015.

“Oleh itu, peluang mereka kembali berkhidmat di sektor awam yang secara lazimnya mempunyai bilangan pesakit mencukupi untuk keperluan tenaga pakar adalah amat tipis.

“Sebenarnya, latihan untuk menjadi doktor pakar di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada sistem hospital diterajui Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan platform ditawarkan universiti berkaitan.

“Sektor swasta tidak mempunyai bilangan pesakit mencukupi atau kes yang berkaitan dengan latihan sebagai doktor pakar, selain wujud isu pilihan dan hak pesakit,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Adham menerusi jawapan bertulis bertarikh 13 Julai lalu dilaporkan berkata, seramai 23,928 pegawai perubatan tetap yang berkhidmat di sektor awam tidak melanjutka­n pengajian ke bidang kepakaran berkaitan.

Setakat 31 Mac lalu, Malaysia mempunyai 5,322 doktor pakar di seluruh negara, iaitu peningkata­n 797 orang atau 15 peratus, berbanding 4,525 doktor pakar setakat 31 Disember 2016.

Walaupun pegawai perubatan kontrak tidak layak ditawarkan Hadiah Latihan Persekutua­n (HLP), mereka dicadang melanjutka­n pengajian ke peringkat pakar di luar negara menggunaka­n peruntukan kewangan sendiri atau mengemukak­an permohonan bagi mendapatka­n tajaan pihak ketiga.

Dr Ganabaskar­an berkata, Malaysia bakal kehilangan tenaga pakar sekiranya isu untuk berkhidmat di sektor awam dan peluang melanjutka­n pengajian tidak ditawarkan secara saksama.

“Latihan menjadi doktor pakar memerlukan pengorbana­n, bukan sekadar demi kepentinga­n diri sendiri, sebaliknya bagi meningkatk­an kemampuan untuk merawat penyakit yang lebih rumit.

“MMA baru-baru ini ada mengadakan pertemuan dengan KKM dan bakal membentang­kan kertas cadangan kepada Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) mengenai langkah memperuntu­kkan peluang kepada pegawai perubatan kontrak melanjutka­n pengajian ke peringkat pakar,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? MMA mahu kerajaan memberi peluang saksama kepada pegawai perubatan menimba ilmu dan melanjutka­n pengajian bagi melahirkan pakar perubatan.
(Foto hiasan) MMA mahu kerajaan memberi peluang saksama kepada pegawai perubatan menimba ilmu dan melanjutka­n pengajian bagi melahirkan pakar perubatan.
 ??  ?? Dr N Ganabaskar­an
Dr N Ganabaskar­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia