Berita Harian

Najib tidak beri kelulusan bertulis beli Genting Sanyen

Saksi beritahu pengambila­lihan dilakukan melalui DCR

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu, Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan kelulusan secara bertulis bagi pengambila­lihan Genting Sanyen (M) Sdn Bhd oleh syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Kelulusan itu adalah selaras dengan peruntukan Artikel 117 Memorandum dan Artikel Persatuan (penggabung­an dan pengambila­lihan) 1MDB yang menyatakan sesetengah keputusan syarikat ‘memerlukan kelulusan Perdana Menteri’.

Perkara itu dinyatakan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed ketika menyoal balas bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, dengan merujuk saksi kepada Resolusi Pekeliling Pengarah (DCR) 1MDB.

Shahrol Azral yang juga saksi pendakwaan kesembilan, bersetuju dengan peguam itu, namun menyatakan kelulusan perdana menteri tidak diperlukan dalam pengambila­lihan berkenaan.

Katanya, ia dilakukan melalui DCR (tanpa perlu dimaklumka­n kepada Mesyuarat Lembaga Pengarah) kerana kesuntukan masa untuk memanggil semua ahli Lembaga Pengarah bagi membincang­kan hal itu seperti diberitahu kepadanya oleh peguam syarikat, Jasmine Loo.

Dalam pernyataan saksinya sebelum ini, Shahrol Azral berkata, Najib mengambil tindakan pantas dalam proses pengambila­lihan Genting Sanyen yang mana syarikat memerlukan kelulusan Najib selaku pemegang saham tunggal 1MDB di bawah Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD).

Beliau berkata, pihaknya menulis surat kepada Najib pada 2 Ogos 2012 bagi mendapatka­n pinjaman sehingga RM1 bilion sejajar pengambila­lihan syarikat tenaga itu.

Katanya, Najib membalas surat itu keesokanny­a kerana beliau dan Jho Low mendesak supaya urusan pengambila­lihan itu dilakukan secepat mungkin.

Menurut saksi, 1MDB mengambil langkah berturut-turut untuk membeli Genting Sanyen pada harga RM2.75 bilion selepas berjaya mendapatka­n sebuah lagi loji janakuasa, Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd, dengan harga RM10.6 bilion.

Sementara itu, Wan Aizuddin mencadangk­an kepada saksi bahawa DCR itu digunakan dalam pengambila­lihan syarikat tenaga berkenaan bagi mengelak pemeriksaa­n oleh Lembaga Pengarah 1MDB.

Katanya, Lembaga Pengarah juga diperdayak­an selepas tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai pengambila­lihan itu.

Saksi bagaimanap­un tidak bersetuju dengan cadangan peguam.

Shahrol Azral berkata, Loo dan firma pelaburan Goldman Sachs memberikan nasihat mengenai penstruktu­ran dan pembiayaan berhubung pemeroleha­n Genting Sanyen dan beliau hanya menurut kerana proses itu bersamaan dengan pengambila­lihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd.

Najib hadir

Wan Aizuddin: Tidakkah kamu perlu bertanya lebih lanjut kenapa mengambil khidmat bank luar pesisir bagi urusan penstruktu­ran? Shahrol Azral: Saya ada orang yang memeriksa perjanjian itu dan saya percayakan mereka.

Wan Aizuddin: Alasan menggunaka­n bank luar pesisir ialah kerana ia kurang diperiksa oleh Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa? Shahrol Azral: Saya tidak setuju.

Wan Aizuddin: Saya cadangkan kamu sedar sepenuhnya mengenai hal ini dan tetap meneruskan dengan urusan itu?

Shahrol Azral: Tidak setuju.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah, bersambung 3 Ogos ini.

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? di Mahkamah Tinggi, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) di Mahkamah Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia