Berita Harian

Mohd Nazlan kekal dengar perbicaraa­n kes rasuah Tengku Adnan

-

Putrajaya: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, akan terus mendengar perbicaraa­n kes rasuah RM1 juta bekas Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ia berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n semalam diketuai Hakim Datuk Nallini Pathmanath­an mengakaska­n keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintah­kan perbicaraa­n kes Tengku Adnan didengar di hadapan hakim lain.

Beliau kemudian menetapkan 24 Julai untuk sebutan kes itu di hadapan Mohd Nazlan.

Dalam keputusann­ya, Nallini menyatakan Mahkamah Rayuan melakukan kekhilafan dari sudut undang-undang dan menerapkan undang-undang secara salah pada fakta kes itu yang memerlukan campur tangan dan akas.

“Kes ini dikembalik­an ke Mahkamah Tinggi yang asal untuk menyambung semula perbicaraa­n,” katanya dan sebulat suara membenarka­n permohonan rayuan pendakwaan.

Dua lagi hakim adalah Datuk Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli.

Nallini dalam keputusann­ya berkata, hakim profesiona­l menjalanka­n tugas menentukan sama ada tertuduh bersalah atau sebaliknya berdasarka­n bukti.

“Seorang hakim tidak seperti juri, dilatih dalam undangunda­ng untuk tidak memihak walaupun membaca fakta berkaitan kes,” katanya.

Beliau berkata, seorang hakim yang mengangkat sumpah jawatan perlu mematuhi Perlembaga­an Persekutua­n.

Nallini berkata, Perkara 5 Perlembaga­an Persekutua­n menetapkan hak untuk hidup, merangkumi hak untuk perbicaraa­n yang adil.

Beliau berkata, amalan hakim asal untuk terus mendengar perbicaraa­n selepas seseorang tertuduh membuat pengakuan bersalah dalam perbicaraa­n bersama, diterima di negara ini.

Nallini berkata, Mahkamah Rayuan gagal mempertimb­angkan fakta penting iaitu walaupun kes itu diserahkan kepada hakim lain, rekod pengakuan bersalah dan fakta kes yang dikemukaka­n pihak pendakwaan dan dipersetuj­ui oleh tertuduh bersama, juga diperoleh hakim baharu.

“Oleh itu sebarang dakwaan mengenai bahaya berat sebelah nyata tidak berasas mengenai mahkamah dan hakim asal,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia