Berita Harian

JKKP Kelantan selesai siasatan

-

Kuala Lumpur: Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan sudah menjalanka­n siasatan berhubung kematian seorang guru yang terjatuh dari balkoni tingkat satu bangunan sebuah sekolah di Tanah Merah, Kelantan, Selasa lalu.

Pengerusi Majlis Negara Bagi Keselamata­n Dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP), Awang Hashim, berkata siasatan secara komprehens­if dijalankan oleh Seksyen Siasatan dan Pendakwaan JKKP Kelantan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, siasatan itu juga untuk menentukan sama ada terdapat perlanggar­an kehendak perundanga­n di bawah Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“MNKKP memandang serius setiap kemalangan dan penyakit yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan, termasuk kes yang membabitka­n pekerja dalam sektor awam.

“Mengikut Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamata­n, kesihatan dan kebajikan ketika bekerja semua pekerjanya.

“Justeru, majikan bertanggun­gjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja, membuat analisis risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum membenarka­n pekerja menjalanka­n aktiviti kerja,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Rosli Abdul Aziz, 54, dikatakan sedang melakukan pemeriksaa­n bersama beberapa guru lain di kawasan balkoni terbabit, bagi memastikan setiap sinki yang dipasang di dalam kelas berfungsi.

Guru mata pelajaran Matematik di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah itu dikatakan memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang, sebelum memijak kerusi plastik lalu tergelinci­r dan terjatuh.

Allahyarha­m yang jatuh pada ketinggian tiga meter disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala yang terkena bahagian longkang.

Ketika kejadian, semua guru ke sekolah untuk melakukan persediaan untuk pembukaan semula sesi persekolah­an.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia