Berita Harian

LZS sasar keluar 2,000 keluarga asnaf daripada kemiskinan

-

Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarka­n mengeluark­an lebih 2,000 keluarga asnaf daripada kemiskinan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyaza­n M Yusop, berkata usaha itu sedang dilaksanak­an dengan pelbagai program berterusan seperti kursus bantuan modal, kemahiran, bantuan melanjutka­n pelajaran serta membantu anak asnaf mendapat pekerjaan.

“LZS menyediaka­n lapan strategi utama dengan 42 inisiatif yang mana kita bukan sahaja membangunk­an generasi pertama (penerima zakat), tetapi juga membantu generasi kedua (anak penerima zakat) dengan pendidikan, latihan serta kemahiran.

“Jika kita tidak berjaya mengeluark­an generasi pertama, kita akan bantu generasi kedua agar dapat membantu keluarga mereka keluar daripada kemiskinan.

“Untuk merealisas­ikan usaha berterusan ini, LZS memerlukan dana, pastinya dari pembayar zakat. Sebab itu, kita mengharapk­an kutipan zakat semakin baik, walaupun dalam keadaan COVID-19 dan pembayar terus setia bersama LZS membantu asnaf,” katanya selepas Majlis Pelancaran Go-live Sistem e-agreement LZS oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dr Abdul Rahman Abdullah di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Raffcomm Group, Datuk Md Afendi Hamdan dan Pengarah Eksekutif Zanko Sdn Bhd, Sallehuddi­n Ishak.

Saipolyaza­n berkata, setakat ini, berdasarka­n profil penerima zakat, pihaknya mendapati kira-kira 15,000 keluarga asnaf yang proaktif dan boleh dikeluarka­n

Jika kita tidak berjaya mengeluark­an generasi pertama, kita akan bantu generasi kedua agar dapat membantu keluarga mereka keluar daripada kemiskinan.

Saipolyaza­n M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif LZS

daripada kemiskinan dengan usaha tertentu.

Bagi generasi kedua pula, katanya, sehingga ini kira-kira 16,000 sudah dihantar ke universiti, pusat latihan serta kemahiran.

“Kira-kira 8,000 sudah tamat dan selebihnya masih meneruskan pengajian dan pusat latihan, termasuk pengajian di luar negara.

“Generasi kedua ini didedahkan dengan pelbagai latihan, bukan sahaja berkaitan agama, sebaliknya kedoktoran, perakaunan, teknikal dan LZS juga melaksanak­an program bagi memastikan mereka dapat pekerjaan.

“Apabila dapat pekerjaan, mereka akan bantu keluarga.

“Apabila keluarga dibantu, mereka sekeluarga pasti dapat keluar daripada kemiskinan,” katanya.

Katanya, LZS turut mengadakan kempen jom kerja dengan kerjasama beberapa syarikat, termasuk Mydin, MRDIY serta Top Glove.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia