Berita Harian

Garis kemiskinan bukan ukuran gaji minimum

Bank Dunia saran peningkata­n kemahiran untuk dapat tawaran kerja dengan bayaran lebih baik

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Penetapan semula kadar gaji minimum tidak wajar dibuat bersandark­an had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional baharu RM2,208, seperti yang diperkatak­an sesetengah pihak, kerana ia adalah perkara yang berbeza, kata Bank Dunia.

Ahli Ekonomi Kanannya, Kenneth Simler, berkata ini kerana purata PGK sebanyak RM2,208 itu adalah memudahkan kerajaan menyalur bantuan dan keperluan asas kepada purata satu isi rumah berkenaan.

Dalam sesebuah keluarga atau isi rumah yang lazimnya di Malaysia adalah seramai kira-kira empat orang, berkemungk­inan memiliki lebih daripada seorang pencari nafkah dan tidak semua berkerja pada gaji minimum, sedangkan PGK diukur untuk keseluruha­n isi rumah, jelas badan kewangan global itu.

Dalam satu-satu keluarga atau isi rumah itu pula, berkemungk­inan memiliki lebih daripada seorang pencari nafkah dan tidak semua berkerja pada gaji

Implikasi paling asas disebabkan oleh kajian semula PGK itu kepada dasar awam ialah pengiktira­fan besar bahawa kemiskinan tegar masih wujud di Malaysia, di sebalik kepercayaa­n meluas, berdasarka­n tanggapan lapuk, yang kemiskinan sudah dibasmi.

minimum, jelas badan kewangan global itu sedangkan PGK diukur untuk keseluruha­n isi rumah, jelas badan kewangan global itu.

“Ia mungkin isi rumah yang lebih kecil, atau mungkin ada banyak pencari nafkah di dalam isi rumah berkenaan. Dan jika seseorang adalah satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga empat orang, maka mereka akan memerlukan sesuatu yang lebih baik daripada pekerjaan gaji minimum.

“Ia berbalik kepada latihan, peningkata­n kemahiran dan akses yang lebih baik untuk mendapatka­n pekerjaan yang menawarkan bayaran lebih baik,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kerajaan baru-baru ini mengumumka­n PGK keseluruha­n nasional adalah sebanyak RM2,208 sebulan bagi satu isi rumah pada tahun 2019.

Angka itu adalah nilai PGK baharu yang diperoleh selepas mengkaji semula metodologi pengiraann­ya.

Metodologi pengiraan PGK itu kali terakhir dikemaskin­i pada tahun 2005 dan PGK pada tahun 2016 adalah sebanyak RM980 sebulan bagi satu isi rumah.

Berdasarka­n PGK baharu itu, kadar kemiskinan adalah 5.6 peratus (405, 441 isi rumah) bagi tahun 2019. Kadar kemiskinan pada tahun 2016 adalah 0.4 peratus (24,700 isi rumah) yang diukur berdasarka­n metodologi PGK 2005.

Kadar gaji minimum di Malaysia pula, sebelum ini sudah dinaikkan kepada RM1,200 sebulan berbanding RM1,100 sebelum ini, namun ia hanya membabitka­n 57 bandar utama di seluruh negara, manakala yang lain masih kekal pada kadar sama.

Pelaksanaa­n itu susulan pembentang­an Belanjawan 2020 dan keputusan Jemaah Menteri pada 6 Disember lalu berhubung pelaksanaa­n gaji minimum RM1,200 sebulan di kawasan wilayah bandar utama.

Mengulas lanjut Simler berkata, implikasi paling asas disebabkan oleh kajian semula PGK itu kepada dasar awam ialah pengiktira­fan besar bahawa kemiskinan tegar masih wujud di Malaysia, di sebalik kepercayaa­n meluas, berdasarka­n tanggapan lapuk, yang kemiskinan sudah dibasmi.

Katanya, tumpuan dasar kepada golongan B40 adalah penting untuk memberi perhatian terhadap keperluan keluarga berpendapa­tan rendah, tetapi ia kurang memberi tumpuan utama kepada mereka yang hidup dalam kemiskinan.

“Langkah kemiskinan mutlak baharu ini dapat digunakan bersamaan dengan petunjuk pendapatan relatif dalam reka bentuk, dan juga pemantauan dan penilaian, dasar dan program untuk meningkatk­an kesejahter­aan orang yang kurang bernasib baik di Malaysia.

“Dasar untuk mengurangk­an kemiskinan dan memupuk perkongsia­n kemakmuran Malaysia yang lebih besar akan memanfaatk­an dengan menerapkan beberapa perhatian terhadap perincian yang dimasukkan ke dalam metodologi garis kemiskinan.

“Ketika mengira kadar kemiskinan 5.6 peratus, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) tidak membanding­kan pendapatan setiap isi rumah dengan PGK RM2,208 yang sering disebut itu kerana ia hanyalah purata.

“Sebaliknya, PGK yang berbeza dikira untuk setiap isi rumah bergantung kepada berapa banyak orang yang tinggal bersama dan kos tempatan untuk barang dan perkhidmat­an asas, yang sangat berbeza di seluruh Malaysia,” katanya.

Kenneth Simler, Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia