Berita Harian

Saham Top Glove melonjak 15 peratus

-

Saham Top Glove Corporatio­n Bhd (Top Glove) kembali pulih daripada kerugian susulan perintah sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas produknya.

Saham pengeluar sarung tangan terbesar dunia meningkat sehingga 15 peratus pada Jumaat, selepas jatuh hampir 10 peratus pada sesi sebelumnya, penurunan terbesar dalam tempoh sebulan.

Spekulasi beberapa pelabur menyatakan bahawa syarikat itu mampu menangani kebimbanga­n yang dibangkitk­an AS selepas permintaan ke atas sarung tangan kekal tinggi disebabkan peningkata­n penularan COVID-19.

Peningkata­n 375 peratus tahun ke tahun dalam saham pengeluar sarung tangan itu setakat ini menjadikan­nya sebagai saham berprestas­i terbaik di Asia dan ekonomi sedang membangun tahun ini, kini menunjukka­n beberapa tanda menyederha­na.

Saham Top Glove susut 18 peratus dalam tiga sesi sehingga Khamis di tengah-tengah tindakan kawal selia AS, iaitu antara pelanggan terbesarny­a.

“Tindakan AS itu tidak dijangka, tetapi mungkin tidak penting memandangk­an negara berkenaan memerlukan lebih banyak sarung tangan.

“Pengeluar lain juga sedang beroperasi dalam kapasiti penuh,” kata Pengurus Dana Northcape Capital Ltd, Ross Cameron.

“Top Glove, yang memiliki 25 peratus jualan dan pesanan dari AS menghubung­i Kastam AS bagi memahami isu berkenaan lebih mendalam dan menyelesai­kan perkara itu dalam tempoh dua minggu,” kata Pengerusi

Eksekutifn­ya, Tan Sri Dr Lim Wee Chai dalam satu taklimat media.

Wee Chai berkata, anak syarikat yang berdepan perintah penahanan AS menyumbang 12.5 peratus kepada jumlah pendapatan, namun Top Glove masih boleh membuat penghantar­an ke AS menerusi anak syarikatny­a yang lain, termasuk Aspion Sdn Bhd.

Beliau berkata, penahanan itu berkemungk­inan berkaitan dengan isu buruh asing, di mana Top Glove berusaha menyelesai­kan masalah berkenaan sejak beberapa bulan lalu dengan membuat pembayaran semula yuran perekrutan kepada pekerjanya.

“Jika isu berkenaan berkaitan dengan pembayaran balik kepada pekerjanya, kami menjangkak­an penyelesai­an dapat dicapai lebih cepat,” kata Penganalis­is Citigroup Inc, Megat Fais dalam nota penyelidik­an, kelmarin.

“Di atas kertas, penahanan lebih lama akan menyebabka­n satu bencana, namun pada pandangan kami ia tidak mungkin berlaku, terutama situasi penularan COVID-19 di AS masih mencabar,” katanya. BLOOMBERG

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia