Berita Harian

Pelan Transforma­si kukuh prospek Boustead

20 inisiatif fokus tiga tonggak bantu kumpulan tempuhi masa mencabar

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Boustead Holdings Bhd melancarka­n Pelan Transforma­si untuk memacu kumpulan dalam tempoh tiga tahun akan datang, sebahagian komitmenny­a untuk mengukuhka­n prospek dan membuka nilai.

Bersandark­an tiga tonggak iaitu perkembang­an, kecekapan dan kecemerlan­gan, ia menetapkan landasan bagi transforma­si kumpulan ke arah menjadi organisasi berprestas­i tinggi dan lestari.

Dikenali sebagai EDG 20, pelan terdiri daripada 20 inisiatif transforma­si untuk mencapai aspirasi kumpulan, dengan bertumpu kepada pembiayaan, struktur, operasi dan tadbir urus korporat.

Pengerusi Boustead, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata fasa pertama Pelan Transforma­si yang sudah bermula bermatlama­t menstruktu­r semula Boustead dan anak syarikat bagi mengoptimu­mkan nilai.

Katanya, ini akan membolehka­n Boustead untuk kekal bertahan dalam menghadapi cabaran mendatang.

“Sehingga kini, kami melihat kemajuan dalam meningkatk­an tadbir urus dan kepakaran lembaga, dengan barisan lembaga yang diperbahar­ui.

“Kami juga menubuhkan Pejabat Transforma­si Kumpulan untuk memacu usaha transforma­si seluruh kumpulan, di samping memberikan input strategik untuk unit perniagaan Boustead,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Khaled berkata, dengan adanya pelan untuk mengukuhka­n asas dan rangka tindakan untuk melonjakka­n kumpulan dalam tempoh tiga tahun akan datang, Boustead diyakini akan dapat menempuhi masa mencabar dan muncul sebagai organisasi lebih kukuh dan berdaya tahan.

“Kami berdedikas­i untuk mengangkat kepercayaa­n pihak berkepenti­ngan dan ia adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang untuk mencipta nilai yang lebih besar.

“Ini akan membolehka­n kami memberikan pulangan yang konsisten dan berterusan kepada pemegang saham, terutama pemegang saham majoriti iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang akan memberikan impak positif kepada pesara tentera yang mendapat keuntungan daripada dividen,” katanya.

 ??  ?? Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia