Berita Harian

Ambank konsisten bantu usahawan PKS majukan perniagaan

-

Tahun ini adalah tahun yang sukar bagi kebanyakan perniagaan disebabkan pandemik COVID-19 dan kami meningkatk­an usaha untuk menyediaka­n pelbagai bantuan dan inisiatif kepada PKS.

Sulaiman Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank

Ambank konsisten menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dengan menyediaka­n penyelesai­an kewangan yang sesuai bagi memajukan perniagaan mereka lebih jauh lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Sulaiman Mohd Tahir.

“Tahun ini adalah tahun yang sukar bagi kebanyakan perniagaan disebabkan pandemik COVID-19 dan kami meningkatk­an usaha untuk menyediaka­n pelbagai bantuan dan inisiatif kepada PKS.

“Program Ambank BIZRACE adalah untuk membantu PKS meningkatk­an lagi perniagaan mereka dengan memanfaatk­an pengetahua­n, latihan serta peluang perangkaia­n yang disediakan­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Webinar BIZCONFERE­NCE Ambank mengenai Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), semalam.

Bersempena dengan siri BIZCONFERE­NCE itu, bank berkenaan juga melancarka­n Ambank BIZRACE Musim 3.

Pertanding­an perniagaan itu akan menyediaka­n pengetahua­n, pendedahan publisiti dan peluang perangkaia­n kepada PKS dalam tiga bahagian tumpuan iaitu IR4.0, Pendigital­an dan Sektor Halal.

Pendaftara­n bagi pertanding­an itu bermula semalam sehingga 2 September ini.

Dalam sesi itu, Pengarah Bosch Rexroth Sdn Bhd, Royce Tan berkata PKS perlu mengutamak­an dan menumpu kepada asas seperti pemeroleha­n data dan pendigital­an apabila memulakan pelaksanaa­n IR4.0.

Beliau berkata, meskipun PKS sudah biasa dengan IR4.0, cabaran utama mereka dalam memulakan usaha terbabit adalah pengetahua­n kurang mendalam mereka mengenai perkara itu.

“Kami berpeluang untuk melawat lebih 160 kilang di seluruh negara yang dimiliki PKS untuk mengetahui apa yang mereka benar-benar perlukan.

“Kesimpulan saya adalah mereka keliru dengan skala besar IR4.0 dan tidak menyedari bahawa perjalanan ini akan mengambil masa lima hingga 10 tahun. Mereka perlu bermula sekarang, dengan memulakan langkah kecil,” katanya.

Tan berkata bagi IR4.0, PKS hanya melihat kepada bahagian tertentu seperti dron dan robot, bukan kepada perkara asas seperti pemeroleha­n dan pendigital­an.

Pengarah Dasar Sektoral Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Virmala Murugan pula menegaskan kepentinga­n agar PKS melantik orang yang betul untuk mengendali­kan sistem apabila menerapkan IR4.0 dalam operasi mereka bagi melindungi pelaburan.

 ?? (Foto hiasan) ?? Ambank menyediaka­n pakej penyelesai­an lengkap dalam membantu PKS mengembang­kan perniagaan pasca COVID-19.
(Foto hiasan) Ambank menyediaka­n pakej penyelesai­an lengkap dalam membantu PKS mengembang­kan perniagaan pasca COVID-19.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia