Berita Harian

PUNB segera salur dana RM200 juta

Proses lulus Pembiayaan Mudah Bumiputera tiga minggu

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan mempercepa­tkan penyaluran Pembiayaan Mudah Bumiputera (BRF) berjumlah RM200 juta yang diumumkan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kepada usahawan yang layak.

Pengerusin­ya, Tan Sri Noh Omar, berkata bagi memastikan usahawan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat suntikan kewangan, PUNB akan memendekka­n proses kelulusan permohonan hanya dalam tempoh tiga minggu.

Katanya, pemendekan proses kelulusan berbanding tempoh tiga bulan bagi pembiayaan lain yang ditawarkan PUNB akan mempercepa­tkan penyaluran dana kepada usahawan yang layak mendapat manfaat BRF.

“Proses kelulusan BRF tidak boleh sama dengan kelulusan pembiayaan biasa kerana kita harus sejajar dengan hasrat kerajaan membantu lebih cepat usahawan Bumiputera yang terkesan akibat COVID-19 dalam keadaan situasi perniagaan ketika ini.

“Kami juga ada peruntukan tahunan yang perlu mengikut peraturan biasa, namun bagi BRF, ia tidak boleh sama dan perlu disegeraka­n. Kami akan buka permohonan BRF dalam tempoh terdekat,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PUNB dan Sambutan Ulang Tahun Ke-29 PUNB di Kuala Lumpur, semalam.

Ia dihadiri bekas Pengerusi PUNB, Datuk Hazimah Zainuddin, dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Izwan Zainuddin.

Dana pembiayaan BRF berjumlah RM200 juta dijangka dapat dimanfaatk­an sekurang-kurang 200 usahawan Bumiputera.

Jumlah kelulusan pembiayaan antara RM100,000 hingga RM1 juta dengan fokus utama usahawan yang terbabit dalam sektor peruncitan dan pengedaran perdaganga­n, pembuatan dan kejurutera­an, automasi sistem, kesihatan, hospitalit­i, penggerak perniagaan (pembanguna­n perisian, logistik, pergudanga­n dan perkhidmat­an penghantar­an).

Pembiayaan insentif ini boleh digunakan untuk perbelanja­an operasi, automasi sistem, modal kerja dan peralatan serta perbelanja­an untuk melaksanak­an amalan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Dalam pada itu, Noh berkata, PUNB bercadang memperkena­lkan konsep sewa untuk miliki, bagi membolehka­n usahawan Bumiputera memiliki premis atau bangunan sendiri, berbanding menyewa dengan pihak ketiga.

Justeru, katanya, PUNB akan melihat perkara itu lebih mendalam bagi membantu usahawan menyewa premis sebelum memiliki, sekali gus tingkatkan pemilikan hartanah usahawan Bumiputera.

“Kita harus tingkatkan keupayaan usahawan Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata, perbadanan itu juga akan memperbaik­i JUMPER Start Up PUNB (JUMPER) dan JUMPER 2.0 bagi melahirkan lebih ramai graduan Bumiputera bergelar usahawan serta usahawan muda mengembang­kan perniagaan.

“Untuk program ini kita akan bekerjasam­a dengan syarikat usahawan yang sudah berjaya bagi membentuk graduan dan usahawan muda Bumiputera berjaya pada masa depan.

“Kami akan tetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) kemudian.

Saya perlu melihat peruntukan dimiliki PUNB terlebih dahulu sebelum menetapkan berapa ramai usahawan yang kita akan bimbing,” katanya.

Pada majlis sama, pengurusan tertinggi PUNB meraikan pelantikan Noh sebagai Pengerusi PUNB yang baharu berkuat kuasa semalam.

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ?? Hazimah menyerahka­n tugas kepada Noh pada selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PUNB dan Sambutan Ulang Tahun Ke-29 PUNB di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) Hazimah menyerahka­n tugas kepada Noh pada selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PUNB dan Sambutan Ulang Tahun Ke-29 PUNB di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia