Berita Harian

WHO didesak segera kaji kendali wabak

Desakan sebagai isyarat ketegasan EU cara krisis dikendalik­an pada peringkat global

-

Berlin: Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn, mendesak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempercepa­tkan kajian dan semakan terhadap cara badan dunia itu mengendali­kan krisis COVID-19.

Desakan itu dilihat sebagai amaran keras yang julung kali dikeluarka­n Kesatuan Eropah (EU) terhadap agensi bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu.

Jerman selaku Presiden EU kali ini di bawah penggilira­n dalam kalangan negara anggotanya, selama ini tegas melindungi WHO bila dikritik Amerika Syarikat (AS) yang meninggalk­an pertubuhan itu selepas mendakwa ia menjadi ‘boneka’ China.

Desakan terbaru Jerman itu turut disifatkan sebagai isyarat baharu mengenai ketegasan kesatuan itu berhubung cara krisis COVID-19 dikendalik­an pada peringkat global.

Spahn memberitah­u wartawan bahawa beliau sudah membincang­kan kajian pengurusan krisis WHO dengan Ketua Pengarahny­a,

Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, sebanyak dua kali dalam tempoh 20 hari lalu.

“Dalam kedua-dua perbualan itu, saya menggesa beliau melancarka­n suruhanjay­a pakar bebas dan menyegerak­an usaha itu,” katanya.

Minggu lalu, WHO mengumumka­n menubuhkan panel bebas untuk meninjau pengendali­an pandemik COVID-19 dan menunggu maklum balas negara anggota.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump, menuduh WHO ‘tunduk’ terhadap China dan tidak mengambil tindakan tegas dalam mengendali­kan wabak berkenaan serta mempersoal­kan tindakan China pada peringkat awal krisis.

Tedros menolak tuduhan AS dan mempertaha­nkan bahawa agensi itu terus memaklumka­n sebarang perkembang­an terkini pandemik itu kepada dunia.

Katanya, panel berkenaan akan memberi laporan sementara kepada mesyuarat tahunan menteri kesihatan pada November ini dan menyampaik­an ‘laporan substantif’ pada Mei depan.

Spahn berkata kajian berkenaan penting pada masa sekarang kerana walaupun wabak itu masih terus merebak di seluruh dunia, ‘sudah ada kesimpulan yang boleh dibuat’.

 ?? (Foto AFP) ?? Spahn (tengah) bersama rakan sejawatann­ya dari Portugal, Marta Temido (kiri) dan dari Slovenia, Tomaz Gantar pada sidang media bersama menteri kesihatan EU di Berlin, semalam.
(Foto AFP) Spahn (tengah) bersama rakan sejawatann­ya dari Portugal, Marta Temido (kiri) dan dari Slovenia, Tomaz Gantar pada sidang media bersama menteri kesihatan EU di Berlin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia