Berita Harian

PBB perlu RM15.3B bagi pelan tindakan kemanusiaa­n

-

New York: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kelmarin memaklumka­n perlu dana tambahan kira-kira AS$3.6 bilion (RM15.3 bilion) bagi pelan tindakan kemanusiaa­n global untuk menangani pandemik COVID-19.

PBB turut memberi amaran kepada negara maju supaya menghulurk­an sumbangan memandangk­an banyak negara miskin yang akan terjejas teruk sekiranya tidak dibantu.

Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaa­n PBB, Mark Lowcock, berkata terdapat risiko serius kebuluran akhir tahun ini dan awal tahun depan.

“Kita perlu melabur sekarang untuk mengelakka­n daripada berlakunya perkara ini,” katanya pada sidang media secara maya kelmarin.

Selain Somalia, Sudan Selatan, Yaman dan Nigeria yang berdepan masalah kekurangan makanan, beliau berkata, keadaan sama turut meruncing di Sudan, Zimbabwe dan Haiti.

Menurut PBB, dana itu bukan saja dimanfaatk­an untuk menampung keperluan makanan, ia juga bagi pembelian peralatan perubatan, kempen kesedaran dan penyebaran maklumat.

Selain itu dana juga diperlukan bagi mewujudkan logistik perkhidmat­an udara khususnya di Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Lowcock berkata, setakat ini maklum balas daripada negara kaya bagi membantu negara yang memerlukan adalah tidak memadai.

Ini adalah kali ketiga PBB membuat rayuan seumpamany­a sejak dana berkenaan dilancarka­n pada Mac lalu.

Jumlah keseluruha­n yang diperlukan PBB bagi menangani masalah dihadapi negara miskin ketika ini mencecah AS$10.3 bilion (RM43.9 bilion).

Bagaimanap­un, cuma AS$1.7 bilion (RM7.2 bilion) sumbangan yang diterima PBB bagi tujuan berkenaan.

Mengikut unjuran PBB, kira-kira 1.67 juta penduduk di 30 negara berpendapa­tan rendah berdepan risiko kematian sekiranya kes COVID-19 terus meningkat dan tidak dikawal sepenuhnya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Yaman antara negara berdepan masalah kekurangan makanan akibat penularan COVID-19.
(Foto hiasan) Yaman antara negara berdepan masalah kekurangan makanan akibat penularan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia