Berita Harian

Russia disyaki cuba godam, curi penyelidik­an vaksin

-

London: Agensi keselamata­n siber Britain mendakwa sebuah kumpulan penggodam yang disyaki berkhidmat dengan agensi perisikan Russia cuba mencuri penyelidik­an berpotensi berkaitan vaksin COVID-19.

Pusat Keselamata­n Siber Kebangsaan (NCSC), berkata serangan itu digerakkan oleh kumpulan APT29 dengan menyasarka­n pertubuhan penyelidik­an dan pembanguna­n vaksin di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) serta Kanada.

“Berdasarka­n penilaian NCSC, APT29 yang juga dinamakan Dukes atau Cozy Bear, hampir pasti beroperasi sebagai sebahagian daripada agensi perisikan Russia,” katanya sambil menambah AS dan Kanada turut berkongsi pandangan sama.

Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab, turut berang dengan penemuan berkenaan dan memberikan panduan kepada pertubuhan berkenaan dalam usaha mengelak daripada menjadi mangsa serangan siber itu.

“Sukar untuk diterima bahawa perkhidmat­an perisikan Russia menyasarka­n mereka yang bertungkus-lumus untuk memerangi wabak virus ini.

“Ketika ada sebahagian yang tidak mengambil pusing mengenai pandemik ini, UK dan sekutunya akan terus berusaha mencari vaksin serta melindungi kesihatan global.

“UK juga akan terus melawan mereka yang melakukan serangan siber seperti itu dan bekerjasam­a dengan sekutu kami untuk memastikan penceroboh itu bertanggun­gjawab,” katanya.

NCSC turut mendedahka­n, pihak yang menjadi sasaran utama penggodam dalam usaha ‘mencuri harta intelek yang berharga’ itu termasuk kerajaan, golongan diplomatik, kumpulan pemikir, agensi kesihatan dan tenaga.

Dominic Raab

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia