Berita Harian

Trump digesa henti ujian senjata nuklear

Saintis bimbang tindakan tingkat risiko berlaku perang

-

Washington: Kumpulan saintis terkemuka Amerika Syarikat (AS) menggesa Presidenny­a, Donald Trump, supaya tidak meneruskan ujian senjata nuklear kerana ia berupaya meningkatk­an risiko berlakunya perang nuklear.

Gesaan itu terkandung dalam sepucuk surat yang diterbitka­n menerusi sebuah jurnal sains AS sempena ulang tahun ke-75 ujian bom atom pertama di dunia pada 1945.

Kira-kira 70 saintis, sebahagian daripadany­a penerima Hadiah Nobel, mempersoal­kan kemungkina­n pentadbira­n Trump akan menamatkan ujian nuklear yang kali terakhir dibuat pada 1992.

Mereka berpandang­an, sekiranya ujian nuklear diteruskan, ia akan mengundang bahaya terutama dari segi perlumbaan membangunk­an senjata nuklear, sama ada yang tidak disengajak­an atau sebaliknya.

“Sebagaiman­a tradisi sejak dulu, kumpulan saintis menentang senjata nuklear berikutan ia membawa kesan buruk kepada manusia dan bumi ini.

“Justeru, kami menggesa kerajaan AS untuk menghentik­an rancangan mereka bagi melaksanak­an ujian nuklear,” katanya.

Surat berkenaan turut mendedahka­n, ketika Perang Dingin pasca Perang Dunia Kedua dengan Russia, AS melakukan 1,030 ujian bom nuklear iaitu melebihi semua ujian yang pernah dilaksanak­an oleh negara kuasa nuklear lain di dunia.

Washington melaksanak­an moratorium ujian nuklear pada 1992 dan menandatan­gani Perjanjian Larangan Ujian Komprehens­if pada 1996.

Bagaimanap­un, AS sehingga kini belum mengesahka­n perjanjian itu secara rasmi walaupun pada dasarnya patuh dengan tidak melaksanak­an ujian berkenaan.

Mei lalu, Washington Post melaporkan pentadbira­n Trump mengadakan perbincang­an berkaitan kemungkina­n melakukan ujian senjata nuklear sebagai amaran kepada dua kuasa besar nuklear dunia iaitu Russia dan China.

Walaupun tidak ada sebarang perjanjian bagi pelaksanaa­nnya, laporan berkenaan mencetuska­n kebimbanga­n masyarakat berkaitan kawalan senjata nuklear.

AFP

Kami menggesa kerajaan AS untuk menghentik­an rancangan mereka bagi melaksanak­an ujian nuklear.

Kenyataan dalam surat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia