Berita Harian

Indonesia beri amaran Merapi mungkin meletus

-

Jakarta: Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPN) Indonesia memberi amaran Gunung Merapi di Jawa Tengah mungkin meletus berikutan gempa bumi tektonik yang menggegark­an daerah terbabit baru-baru ini.

Timbalan Ketua Bahagian Pencegahan BNPN, Lilik Kurniawan, berkata ramalan itu berdasarka­n pemerhatia­n serta laporan Pusat Gunung Berapi dan Pencegahan Bahaya Geologi (PVMBG) terhadap Gunung Merapi

sejak beberapa minggu lalu.

“Kami menerima maklumat daripada PVMBG pada 4 Julai lalu mengenai aktiviti Gunung Merapi dan mendapati gempa tektonik berlaku dua hari berturut-turut.

“Kekerapan gempa tektonik seperti ini menunjukka­n potensi boleh berlaku letusan gunung berapi,” katanya dalam perbualan telefon dengan pasukan petugas nasional COVID-19, seperti mana dilaporkan kompas.com.

Agensi itu secara rasmi menulis surat kepada Gabenor Yogyakarta, Sultan Hamengkubu­wono X dan Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo, memaklumka­n masalah itu.

“Kita perlu memaklumka­n mengenai sebarang kemungkina­n dan bersedia jika berlakunya letusan, penduduk setempat dinasihatk­an bersiap menghadapi bencana alam ini,” katanya.

Gunung Merapi, salah sebuah gunung berapi paling aktif di

Asia Tenggara, meletus dua kali bulan lalu, memuntahka­n abu panas dan debu gunung berapi setinggi 6,000 meter.

Pada tahun 2010, letusan gunung berapi itu menyebabka­n lebih 300 orang mati dan memaksa hampir 400,000 orang mencari tempat berlindung.

Pihak berkuasa meningkatk­an amaran gunung berapi ke tahap waspada (berhati-hati), tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat di Indonesia. AGENSI

 ?? (Foto hiasan) ?? Gunung Merapi berkemungk­inan meletus berikutan gempa bumi tektonik, baru-baru ini.
(Foto hiasan) Gunung Merapi berkemungk­inan meletus berikutan gempa bumi tektonik, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia