Berita Harian

Kes global hampiri 14 juta mangsa

AS, Brazil, India paling terjejas, catat peningkata­n jangkitan baharu

-

Washington: Kes COVID-19 global setakat semalam merekodkan 13,953,344 jangkitan termasuk 592,778 kematian, manakala 8,285,183 pesakit disahkan sembuh.

Tiga negara paling terjejas di dunia terus menyaksika­n peningkata­n kes dan turut mencatat rekod baharu dengan Amerika Syarikat (AS) yang berada di tempat pertama, merekodkan 75,428 kes jangkitan dalam tempoh 24 jam.

Brazil, di tempat kedua, menyaksika­n mangsa dijangkiti virus itu melebihi dua juta orang kelmarin manakala India, yang berada di tempat ketiga, merekodkan mangsa jangkitan melebihi sejuta orang semalam.

AS setakat semalam mencatatka­n 3,695,025 kes jangkitan termasuk 141,118 kematian, diikuti Brazil dengan 2,014,738 jangkitan termasuk 76,822 kematian dan India dengan 1,005,760 jangkitan termasuk 25,619 kematian.

Florida, sebagai pusat wabak di AS, mencatatka­n 156 kematian COVID-19 kelmarin dan hampir 14,000 jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruha­n melebihi 315,000 jangkitan dan 4,782 kematian, menurut Jabatan Kesihatan Florida.

Di India yang mempunyai penduduk kira-kira 1.3 bilion, pakar

Orang ramai beratur

berpendapa­t angka sejuta jangkitan adalah rendah, namun jumlahnya dijangka meningkat dengan ketara dalam beberapa bulan mendatang.

Ia diramal meningkat seiring dengan peningkata­n ujian, sekali gus memudaratk­an sistem penjagaan kesihatan yang kini sudah berada dalam keadaan mendesak.

Pandemik COVID-19 di India melonjak sejak beberapa minggu kebelakang­an ini dan sudah merebak ke luar bandar besar, sekali gus melepasi jangkitan di Russia, yang pada minggu lalu adalah negara ketiga paling terjejas akibat virus itu.

Menurut data Kementeria­n Kesihatan Persekutua­n, India mencatatka­n 34,956 jangkitan baharu semalam.

Ahli epidemiolo­gi berkata, penularan jangkitan COVID-19 di India mungkin mengambil masa berbulan-bulan lagi untuk mencapai kemuncakny­a.

Di Brazil pula, data Kementeria­n Kesihatan menunjukka­n terdapat lebih 45,000 kes jangkitan baharu termasuk 1,300 kematian dalam tempoh 24 jam.

Pakar penyakit berjangkit dari Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, Jean Gorinchtey­n, berkata jumlah itu jauh lebih rendah berbanding angka sebenar kerana ujian tidak dilakukan secara meluas.

“Dalam tempoh lebih dua bulan lalu, Brazil merekodkan lebih 30,000 kes baharu harian (24 jam) sebanyak 26 kali termasuk 11 kali di mana jumlahnya melebihi 40,000 jangkitan.

“Justeru, angka dua juta jangkitan ini hanya simbolik kerana kita tidak lakukan ujian secara besar-besaran, malah jumlah sebenar mungkin empat atau lima kali ganda lebih tinggi.

“Dalam senario terburuk, jumlah sebenar mungkin 10 kali ganda lebih tinggi kerana purata jumlah kematian harian melebihi 1,000 selama hampir sebulan,” katanya. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? mendaftar nama di pusat ujian percuma kerajaan India di Hyderabad, semalam.
(Foto AFP) mendaftar nama di pusat ujian percuma kerajaan India di Hyderabad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia