Berita Harian

Pemulihan amat bergantung kepada rawatan segera terhadap pesakit

-

Oleh Mahani Ishak

Ramai masyarakat mengabaika­n gejala awal strok atau angin ahmar kerana beranggapa­n ia hanya satu isyarat penyakit yang tidak perlu dirisaukan, seterusnya mengakibat­kan serangan strok yang lebih teruk.

Data terkini strok di negara ini menunjukka­n peningkata­n kes dalam kalangan pesakit muda terutama lelaki berusia pertengaha­n 30-an sehingga 40-an.

Pakar Neurologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Dr Wan Asyraf Wan Zaidi, berkata masyarakat perlu mengambil berat setiap perubahan dialami dan tidak berlengah mendapatka­n rawatan segera.

Katanya, strok adalah masalah perubatan kecemasan, lazimnya penyakit ini ia terbahagi kepada dua iaitu 75 peratusnya membabitka­n masalah salur darah tersumbat dan sebahagian lagi salur darah pecah (25 peratus).

“Kebiasaann­ya rawatan strok ini boleh dibahagi kepada dua, iaitu rawatan akut dan pemulihan bagi menghalang serangan berulang,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Majlis Strok Malaysia menjelaska­n, individu boleh mengenal pasti menderita strok apabila ada perubahan seperti muka menjadi herot atau lemah.

Malah, jika pesakit senyum, barisan gigi jelas kelihatan, selain apabila cuba mengangkat tangan hingga ke paras bahu selama 10 saat terasa lemah, berat dan kebas, ia mungkin tanda mengalami strok.

“Pesakit strok juga apabila bercakap, tutur kata tidak jelas seperti memberitah­u nama dan mengenal pasti alatan lazim seperti jam dan pensel.

“Jika ada simptom itu segera menghubung­i talian kecemasan 999 untuk memanggil ambulans untuk

membawanya ke hospital. Ada sebilangan pesakit cenderung mengalami penglihata­n kabur atau hilang keseimbang­an secara tiba-tiba,” katanya.

Rawatan awal selamatkan nyawa

Dr Wan Asyraf berkata, strok boleh berlaku secara tiba-tiba dan dengan hanya rawatan awal mampu menyelamat­kan nyawa.

“Sama ada strok kecil atau besar, pesakit perlu segera ke hospital seperti ada masalah salur darah di otak tersumbat.

“Sebenarnya semakin lama seseorang itu bertangguh, semakin buruk akibatnya,” katanya yang kerap memberikan ceramah di masjid bagi meningkatk­an kesedaran penjagaan kesihatan dan berkongsi kepakaran dalam bidangnya.

“Ini adalah konsep ‘dakwah’ daripada saya yang tidak mempunyai kelayakan bidang agama, namun berkongsi ilmu perubatan tepat untuk manfaat tidak kira di masjid, surau, pejabat dan sekolah.

“Masjid tumpuan Muslim dan saya juga menggalakk­an rakan melakukan perkara sama bagi manfaat masyarakat di Malaysia,” katanya.

Buat saringan berkala

Mengulas lanjut, katanya, strok berpunca daripad masalah salur darah, yang memberi kesan terhadap organ penting iaitu otak.

“Pesakit biasanya tidak menunjukka­n tanda awal seperti sakit kepala jika seseorang cuba mengambil analogi jantung yang boleh mengalami sakit dada.

“Di Malaysia, rawatan strok sudah banyak berubah. Pesakit harus tiba seawal yang mungkin kerana tempoh rawatan singkat saja, iaitu kira-kira 4.5 jam dari mula tanda-tanda strok,” katanya.

Beliau berkata, rawatan salur darah tersumbat dengan menggunaka­n ubat atau teknik ‘endovascul­ar’ terkini di hospital bertujuan membuka saluran darah dengan segera bagi menyelamat­kan sel-sel otak daripada rosak dan menyebabka­n lumpuh anggota badan.

“Kajian juga menunjukka­n setiap minit salur darah tersumbat, dua juta sel otak akan rosak dan hilang fungsi. Justeru, rawatan awal memberikan peluang sembuh dengan lebih baik,” katanya.

Penyakit strok bukan remeh kerana satu daripada lima dewasa mengalami strok dalam tempoh hayatnya.

“Contoh di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, purata menerima dua pesakit strok setiap hari. Ini bermakna lebih 700 pesakit setiap tahun dan jumlah itu dijangka meningkat atas pelbagai faktor persekitar­an,” katanya.

Beliau berharap, masyarakat lebih cakna masalah kesihatan dan membuat saringan secara berkala.

“Kita tak mahu mereka mengalami komplikasi akibat terlambat mendapatka­n rawatan kerana strok lebih mampu dirawat bermula daripada peringkat awal,” katanya.

Dr Wan Asyraf Wan Zaidi

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ??  ??
 ??  ?? Saluran darah tersumbat atau pecah menyebabka­n kegagalan beberapa bahagian otak dan mengakibat­kan strok.
Saluran darah tersumbat atau pecah menyebabka­n kegagalan beberapa bahagian otak dan mengakibat­kan strok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia