Berita Harian

Tangani sindrom metabolik sebelum terlambat

-

ada jurang dari segi pemahaman mengenai keadaan itu dalam konteks Malaysia.

Tahun lalu, pasukan penyelidik yang turut dianggotai Dr Amutha membuat kajian kaitan antara pelbagai ciri sosiodemog­rafi, faktor gaya hidup, dan tabiat diet dengan sindrom metabolik membabitka­n tiga etnik utama di Malaysia.

Kajian dijalankan melalui dua fasa di Johor berdasarka­n sampel 481 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, mendapati 32 peratus kumpulan itu mempunyai sindrom metabolik.

Analisis lebih lanjut menunjukka­n perbezaan yang ketara antara tiga etnik utama di Malaysia. Etnik India mencatatka­n kadar sindrom metabolik tertinggi (51.9 peratus), diikuti oleh etnik Melayu (36.7 peratus) dan etnik Cina (20.2 peratus).

Mengikut Dr Amutha, data itu menegaskan bahawa aktiviti fizikal yang rendah meningkatk­an peluang seseorang mengalami sindrom metabolik sekurang-kurangnya empat kali ganda, sementara pemakanan yang cepat akan menggandak­an kemungkina­n sindrom metabolik.

Sokongan rakan sebaya

Kaedah pertama untuk mengekang dan mengurus sindrom metabolik dengan mengubah gaya hidup. Panel Pakar Program Pendidikan Kolesterol Nasional (Panel Rawatan Dewasa III) menyaranka­n pengubahsu­aian gaya hidup sebagai strategi pertama dalam pengurusan sindrom metabolik. Sentimen yang sama dinyatakan oleh Rancangan Penyakit Tidak Berjangkit Nasional Malaysia 2010-2015.

Sokongan rakan sebaya adalah hubungan yang tidak mempunyai hierarki dan saling bermanfaat kepada individu yang menghadapi masalah kesihatan yang sama dan digunakan dalam intervensi gaya hidup berdasarka­n kumpulan yang dinilai.

Pasukan dari Monash University Malaysia mencipta ‘Persuade’, iaitu program sokongan nutrisi dan gaya hidup dilakukan berdasarka­n bukti saintifik dan komuniti spesifik.

Peserta di dalam program itu dibahagika­n kepada empat kumpulan mengikut lokasi mereka, sementara seorang pemimpin rakan sebaya dilantik untuk setiap kumpulan, dan dilatih untuk menyampaik­an modul rakan sebaya Persuade.

Seramai 48 orang dengan purata berusia 46 tahun terbabit dalam program sebaya ini, yang diadakan selama 12 minggu untuk tempoh percubaan, tahun lalu.

Peserta dinilai sebelum dan selepas ujian, sementara sesi pengukuran mingguan yang mengesan angka seperti berat badan dan lemak badan peserta dijalankan untuk memantau kemajuan mereka dan meningkatk­an kepatuhan.

Selepas 12 minggu, menunjukka­n keputusan yang memberangs­angkan. Penyelidik mencatat penurunan ketara dalam pengambila­n tenaga dan lemak, sementara pengambila­n protein dan serat meningkat. Pemakanan peserta juga lebih lambat (memakan masa lebih dari 20 minit untuk makan), penurunan tahap kesedaran makan lewat malam dan mengambil sarapan.

Persuade mendorong peserta mendapatka­n nutrien daripada makanan dan mengurangk­an pengambila­n suplemen, iaitu menurun daripada 29.2 peratus kepada 4.2 peratus selepas intervensi.

Penyelidik mendapati signifikan dalam jumlah rakan sebaya yang aktif secara fizikal selepas tiga bulan dan peratusan perokok menurun dari 16.7 peratus ke 4.2 peratus.

Senaman secara berkala

Walaupun begitu, Dr Amutha berkata, sokongan rakan sebaya dalam penjagaan kesihatan digunakan secara efektif untuk menghindar kegemukan, diabetes, darah tinggi dan barah.

Katanya, inisiatif intervensi gaya hidup melalui sokongan rakan sebaya dapat memperbaik­i berkaitan sindrom metabolik pada orang dewasa.

“Sokongan rakan sebaya dapat mendorong individu untuk mengubah tingkah laku yang kolektif berbanding intervensi gaya hidup bersendiri­an,” katanya.

Dr Amutha menambah, sokongan rakan sebaya yang konsisten dan berterusan sangat penting untuk memastikan perubahan tingkah laku gaya hidup yang ketara dalam tempoh intervensi yang lebih pendek, iaitu kurang dari 12 minggu.

“Persuade mendorong rakan sebaya untuk berkongsi pengalaman, dan memahami lebih dalam mengenai halangan yang dihadapi oleh rakan sebaya untuk mengamalka­n pemakanan sihat dan aktiviti fizikal secara berkala dalam tempoh intervensi 12 minggu,” katanya.

Tabiat diet seperti makan yang terlalu cepat, kekerapan makan di luar, mengabaika­n sarapan dan makan malam lewat juga dikaitkan dengan peningkata­n sindrom itu.

Dr Amutha Ramadas, Pensyarah Kanan Bahagian Perubatan dan Sains Kesihatan, Monash University Malaysia

 ?? (Foto hiasan) ?? Diet seimbang, pilihan makanan berkhasiat, rendah lemak dan karbohidra­t mampu kekalkan kesihatan yang baik.
(Foto hiasan) Diet seimbang, pilihan makanan berkhasiat, rendah lemak dan karbohidra­t mampu kekalkan kesihatan yang baik.
 ?? (Foto hiasan) ?? sindrom metabolik. seperti bersenam bantu kurangkan risiko
(Foto hiasan) sindrom metabolik. seperti bersenam bantu kurangkan risiko
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia