Berita Harian

Sokongan rakan sebaya, intervensi gaya hidup bantu kurang risiko hidap diabetes, penyakit berkaitan

-

Selain serangan jantung yang masih lagi menjadi punca utama kematian di negara ini, penyakit diabetes dan sindrom metabolik juga antara isu kesihatan perlu diberi perhatian.

Berdasarka­n perangkaan, tujuh juta rakyat di negara ini dijangka mendapat diabetes menjelang 2025.

Apabila semakin meningkat usia kebimbanga­n untuk mendapat penyakit terutama bagi mereka yang mengabaika­n aspek penjagaan kesihatan tidak dapat elak. Malah, kira-kira 40 peratus mereka yang mencapai usia 60 tahun ke atas berdepan dengan sindrom metabolik.

Sindrom metabolik disebabkan wujudnya gangguan gula dalam darah, tekanan darah, kolesterol dan obesiti. Orang yang mengalami sindrom metabolik juga berisiko mengalami penyakit jantung, strok dan gangguan pembuluh darah lain.

Kajian menunjukka­n bahawa modifikasi gaya hidup boleh menjadi pilihan yang lebih baik daripada pengambila­n ubat bagi pencegahan penyakit metabolik kronik seperti diabetes.

Pensyarah Kanan Bahagian Perubatan dan Sains Kesihatan, Monash University Malaysia, Dr Amutha Ramadas, berkata pelbagai faktor gaya hidup dapat mempengaru­hi sindrom metabolik.

Katanya, faktor itu termasuk gaya hidup yang kurang aktif, ketidakakt­ifan fizikal, pola tidur yang buruk, merokok, dan pengambila­n alkohol turut menyumbang kepada sindrom metabolik.

“Tabiat diet seperti makan yang terlalu cepat, kekerapan makan di luar, mengabaika­n sarapan dan makan malam lewat juga dikaitkan dengan peningkata­n sindrom itu,” katanya.

Beliau berkata, terdapat data yang menyokong perkara itu dan

Amalan gaya hidup sihat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia