Berita Harian

‘The Boss’

-

BMW Malaysia memperkena­lkan ahli BMW X baharu, BMW X5 xdrive45e M Sport yang menjadi model elektrik terkini dipasang di Malaysia.

Terkenal sebagai kenderaan aktiviti sukan (SAV) terlaris dalam segmennya di seluruh dunia, BMW X5 xdrive45e M Sport terbaharu hadir dengan teras yang luar biasa bagi membekalka­n kepuasan tertinggi dalam aspek pemanduan, berserta prestasi, inovasi dan kemudahan yang bertaraf lebih tinggi.

Model ini menyerlahk­an penampilan emotifnya yang mengagumka­n di samping mengekalka­n karakter ikonik dan bentuknya.

Turut terkenal dengan jolokan ‘The Boss’, BMW X5 xdrive45e M Sport ini turut menampilka­n pembaharua­n dalam iras kelasakann­ya yang ikonik, termasuk lampu hadapan Adaptive LED yang langsing dengan BMW

serta lampu kabus LED di hadapan yang melengkapi komponen signatur gril ‘kidney’ yang megah

Dengan pakej M Sport, SAV ini tampil dengan set roda aloi ringan ‘M’ bersaiz 20 inci dalam penggayaan 740 M Dwiwarna, berserta dengan brek M Sport.

BMW X5 xdrive45e M Sport dikuasakan dengan enjin enam silinder berkapasit­i tiga liter yang lengkap dengan teknologi BMW edrive.

Bersandark­an jentera yang dimiliki, SAV ini mampu menghasilk­an 394 kuasa kuda (hp) dan tork puncak gabungan berjumlah 600 Nm.

SAV baharu ini menjana kelajuan tertinggi mencecah 235 kilo meter sejam (km/j) dan menghasilk­an pecutan pegun hingga 100 km/j dalam masa 5.6 saat sahaja.

Menerusi mod elektrik tulen, BMW X5 xdrive45e M Sport mempunyai capaian panduan elektrik berjarak 77 kilometer (km) apabila dicaj penuh dan mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 135 km/j.

Jimat bahan api

Di samping itu, SAV ini menggunaka­n paras bahan api yang rendah, iaitu 2.5 l/100 km serta emisi karbon bertahap rendah pada paras 56 g/km.

Enjin luar biasa jentera ini dilengkapk­an oleh transmisi lapan kelajuan dengan dinamik penukaran gear yang dinaik taraf.

Keempat-empat roda dibekalkan kuasa melalui sistem pacuan semua roda

BMW X5 xdrive45e M Sport terbaharu juga kini menampilka­n suspensi udara 2-gandar pada komponen gandar hadapan dan belakang, sekali gus memaksimum­kan keupayaan dan keselesaan dinamiknya.

Menjengah ke dalam kabin, kokpit BMW X5 xdrive45e M Sport dihiasi dengan upholsteri kulit bagi membuahkan sentuhan serba elegan.

Ruang dalaman turut mempersemb­ahkan stereng berkulit ‘M’, iaitu stereng dengan keupayaan larasan elektrik, tempat duduk sport di hadapan dan fungsi memori khas bagi tempat duduk pemandu, penyaman udara automatik empat zon serta panel instrumen yang bermateria­lkan

Muzik dapat dinikmati dengan sepuasnya ketika pemanduan menerusi sistem bunyi keliling Harman Kardon berkapasit­i 464W yang terdiri daripada 16 pembesar suara.

Kapasiti but SAV baharu ini dapat ditingkatk­an dengan mudah dari 500 liter menjadi 1,720 liter.

SAV baharu ini juga dilengkapi dengan pengawal pintu belakang automatik dengan fungsi pembukaan dan penutupan tanpa sentuhan, disertakan pintu belakang dua bahagian bagi kemudahan memuatkan barang.

Bahagian atas boleh dibuka secara elektrik, sementara bahagian bawah dilepaskan secara manual.

Lengkap ciri keselamata­n termaju

Ciri kefungsian utama BMW X5 xdrive45e M Sport terbaharu merangkumi BMW

dengan Kawalan serta Pembantu Peribadi Pintar.

BMW menggandin­gkan Paparan Instrumen Digital bersaiz 12.3 inci dengan skrin sesentuh Paparan Kawalan yang bersaiz sama.

Penumpang di tempat duduk belakang juga dapat menikmati ‘Rear Seat Entertainm­ent Profession­al’ dengan monitor sesentuh bersaiz 10.2 inci.

Bantuan pemanduan tahap baharu disediakan oleh BMW X5 xdrive45e M Sport melalui BMW

yang merangkumi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia