Berita Harian

Racing Sixties pilihan baharu Vespa

-

Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Didi Resources Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia meningkatk­an akses pilihan peminat Vespa tempatan dengan memperkena­lkan edisi Vespa Racing Sixties.

Ditampilka­n pada model Vespa GTS Super bergaya ‘sport’ elegan dan Sprint, Racing Sixties adalah siri khas yang diilhamkan melalui estetika paling klasik dan menggoda dalam dunia perlumbaan.

Nilai elegan ‘sport’ itulah yang diterapkan kepada siri khas Vespa terbaharu, yang terdiri daripada Vespa GTS Super 300 dan Vespa Sprint 150.

Mengetenga­hkan gayanya rekaan grafik kuning dan merah menonjol di atas cesi hijau dan putih masing-masing dari model terpantas dalam keluarga Vespa iaitu enjin Sprint 150cc dan GTS Super, yang dikuasakan oleh enjin 300cc HPE.

Sebagai tambahan kepada ske tempat dudu berwarna emas dan hi a menonjolka­n lagi penampilan kedua-dua model ini.

Warna kuning di padankan dengan hijau untuk tampak klasik manakala merah bersama putih untuk kelihatan lebih dinamik, segar dan moden.

Pilihan gaya yang diterapkan untuk siri khas Vespa Racing Sixties menampilka­n keperibadi­an lagenda sukan yang memiliki kenangan di litar legenda seperti Monaco atau Monza Grand Prix atau kejuaraan bersejarah seperti Targa Florio.

Gaya klasik, sentuhan sport

Dengan semangat baru, siri khas Racing Sixties menawarkan gaya klasik dengan sentuhan ‘sport’, mencermink­an pendekatan yang disesuaika­n dengan bahan dan nilai seperti warna dan tekstur yang mendapat sentuhan eksklusif.

‘Sport’ dan klasik dijamin pada Vespa Sprint dan Vespa GTS Super hasil daripada penggabung­an warna sederhana seperti kuning dan hijau, atau merah dan putih serta garis grafik yang bersih meningkatk­an sisi dan penampilan hadapan.

Sentuhan gaya tambahan hadir dalam bentuk kemasan hitam ‘matte’ bagi pemegang pembonceng, perehat kaki, aturan lampu depan dan belakang, pelindung peredam, cermin pandang sisi, alas kluster instrumen ‘onboard’ dan pelindung perisai serta ‘mudguard’ Vespa GTS Super

Racing Sixties.

Vespa GTS Super dan Vespa Sprint Racing Sixties menjangkau­i lapisan krom klasik dengan kemasan emas metalik pada rim dan memperoleh rupa lebih eksklusif.

Ia tampil dengan rekaan tempat duduk baru yang lembut dengan PVC untuk melindungi dari cuaca buruk lengkap dengan jahitan gaya artisan yang boleh dilihat pada kereta ‘sport’ tahun 1960-an dan plat khas bagi penghormat­an pada dunia perlumbaan yang menarik serta mengujakan.

Bagi melengkapk­an siri khas Vespa GTS Super dan Vespa Sprint Racing Sixties rangkaian pakaian dan dua versi topi keledar diilhamkan dengan rekaan grafik dan skema warna kenderaan berkenaan.

Vespa GTS Super Racing Sixties kini boleh didapati dari harga RM31,400 manakala Vespa Sprint Racing Sixties pula dari harga RM19,100. lima kawasan iaitu Lembah Klang, Selatan, Utara, Pantai Timur, dan Malaysia Timur dalam masa tiga bulan.

Semua pemenang akan diumumkan setiap bulan melalui laman sosial media Petron Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peraduan ‘Jom Bantu’ Petron dan cara untuk menyertai, sila layari pautan www. petronmile­s.com.my dan laman sosial media Petron.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Edisi Racing Sixties tawar Vespa GTS Super 300 dan Vespa Sprint 150.
Edisi Racing Sixties tawar Vespa GTS Super 300 dan Vespa Sprint 150.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia