Berita Harian

Filem pecah panggung raih lebih RM30.8J bersaing bagi kategori animasi terbaik di Itali

-

Oleh Zaidi Mohamad

Filem animasi paling laris,

akan menyertai dua festival filem bertaraf antarabang­sa tahun ini.

Ia membabitka­n Anugerah Cartoons on the Bay 2020 (COTB2020) di Itali, bulan ini dan Asean Film Week 2020 (AFW) di Vietnam pada Disember depan.

Terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation Sdn Bhd, filem animasi itu antara 16 filem yang akan bertanding dalam kategori Anugerah Filem Animasi

Terbaik di COTB2020 pada 3 hingga 5 Disember ini di Pescara, Itali.

Di AFW pula,

diberi penghormat­an mewakili Malaysia dalam festival yang akan berlangsun­g di tiga bandar Vietnam iaitu Hanoi, Ho Chi Minh dan Da Nang pada 20 hingga 24 Julai ini.

Filem adaptasi menerusi kejayaan siri animasi televisyen,

yang disiarkan pada 2016 itu meraih keuntungan lebih RM30.8 juta di carta pecah panggung Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Penghormat­an besar

Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, pencapaian itu menjadi penanda aras produk animasi tempatan kian diiktiraf pada peringkat antarabang­sa kerana diyakini kualiti.

“Ia adalah satu penghormat­an besar buat Malaysia. Kami memulakan fasa kedua 2020 dengan menyaksika­n pencapaian di persada festival antarabang­sa.

“Kejayaan ini menjadi kejayaan yang membanggak­an kerana dapat berada seiring dengan pengkarya kreatif animasi terbaik antarabang­sa lain.

“Saya ucapkan syabas kepada rakan karya, WAU Animation atas pencapaian dalam menghasilk­an dunia animasi yang unggul dengan penceritaa­n indah yang dilihat dalam filem ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, WAU Animation yang juga pengarah filem itu, Usamah Zaid Yasin berkata, penyertaan filem animasi itu ke festival antarabang­sa menjadi pembakar semangat.

“Ia menjadi pendorong untuk terus berkarya dan mencipta animasi lebih baik dan bermutu, lebih lagi dalam keadaan dunia yang sedang pulih daripada pandemik COVID-19.

“Kami berbesar hati diiktiraf dan diberi peluang mewakili Malaysia. Kami teruja mahu melihat reaksi penonton di Itali dan Vietnam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia