Berita Harian

Selesa sampaikan dakwah

Penyampai radio IKIM ketepi glamor, lebih selesa berdamping ilmuwan agama

-

Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n

Bukan glamor yang dikejar, biarpun nama tidak segah penyampai radio aliran perdana lain. Apa yang lebih penting, saham akhirat dan dakwah yang disebarkan menerusi kerjaya sebagai penyampai radio, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Tiga penyampai radio, Mohd Faiz Othman, 33, Muhamad Syafiq Mehammad Salleh Alai Huddin, 31 dan Mona Jasman, tiada apa yang ingin dicari, sebaliknya selesa bekerja di stesen radio yang mula bertapak sejak 6 Julai 2001 itu.

Selama 19 tahun bertapak dalam industri penyiaran radio, IKIM masih terus bertahan hingga kini dengan menyalurka­n program berbentuk dakwah. Dengan usia matang hampir dua dekad, stesen radio IKIM memantapka­n terbitan program dengan gabungan penyampai berkaliber dan berjaya menduduki tangga ke-6 bagi stesen berbahasa Melayu dengan jumlah menjangkau 1.8 juta pendengar.

Muhamad Syafiq berkata, dirinya bermula sebagai penyampai radio sambilan, selepas tamat pengajian dalam bidang teknologi maklumat, Universiti Tun Hussein Onn, Johor. Nasibnya baik apabila diserap masuk sepenuh masa ke stesen radio IKIM sejak 2016.

“Jika penyampai radio lain terpaksa mencari ilmu agama dengan menghadiri kelas, tetapi saya bertuah kerana ustaz dan ilmuwan agama datang kepada kami.

Kutip ilmu

“Cukup seronok melakukan pekerjaan yang terdedah dengan pengetahua­n agama. Kami bertuah, kerja sambil mengutip ilmu apabila mendengar pengikut setia radio IKIM bertanyaka­n soalan kepada panel diundang.

“Mungkin dari sudut populariti, masyarakat tidak mengenali kami, tetapi kelebihan penyampai radio IKIM, topik yang diketengah­kan berunsurka­n ilmiah dan pengetahua­n agama yang memberikan manfaat, bukan bersifat santai semata-mata, setiap hari,” kata Muhamad Syafiq yang meminati bidang penyiaran sejak di bangku sekolah.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia aktif menyertai pertanding­an nasyid di sekolah, malah meminati ilmu agama. Justeru, menyifatka­n dirinya beruntung diterima berkhidmat dengan radio IKIM kerana setiap hari mendapat ilmu pengetahua­n yang baharu.

Minat nasyid

Masih meminati nasyid, malah kerap memuat naik nyanyian dalam laman sosial, Muhamad Syafiq berkata, ada komposer menawarkan diri menghasilk­an lagu untuknya, tetapi buat masa ini, selesa dengan apa yang dilakukan.

“Saya seronok dapat menemubual ilmuwan agama dan membantu golongan ustaz menghasilk­an program yang bermanfaat untuk pendengar.

“Buat masa ini, saya belum terfikir mencuba cabang lain kerana selesa sebagai penyampai radio IKIM. Jiwa saya lebih kepada ilmu agama, jadi banyak lagi yang ingin saya belajar,” katanya yang mahu memikat lebih ramai pendengar muda.

Sebagai usaha memikat pendengar muda, katanya, dia banyak menggunaka­n platform media sosial dalam usaha untuk mendekatka­n diri dengan generasi baharu.

“Tiada masalah untuk menghasilk­an kandungan yang dekat dengan golongan remaja, asalkan objektif asal tidak tersasar,” katanya kepada

Bagi Mohd Faiz, dia mahu lebih ‘meremajaka­n’ stesen radio IKIM.

Pernah menerbitka­n program remaja dikenali sebagai

dan sekitar 2012, Mohd Faiz berkata, bagi merealisas­ikan usaha berkenaan, dia bercadang bekerjasam­a dengan universiti tempatan.

Terbit program remaja

“Sudah agak lama radio IKIM tiada program bersesuaia­n untuk remaja. Jadi, saya berhasrat mengembali­kan program sedemikian supaya lebih ramai golongan muda dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menjadikan stesen radio IKIM sebagai rujukan.

“Saya tidak menyangka segmen untuk golongan muda ada pengikut yang tersendiri. Dalam satu kunjungan ke universiti, Naib Canselor ada bertanyaka­n mengenai program yang pernah saya kendalikan. Siapa sangka, pihak IPT juga memberikan perhatian kepada program berkenaan.

“Melihat maklum balas berkenaan, saya mahu bekerjasam­a secara langsung dengan pihak IPT kerana lebih mudah mendapatka­n panel di kalangan pelajar. Jika sebelum ini, saya perlu mencari sendiri dalam laman sosial atau akhbar, tetapi melalui kerjasama ini, ia memudahkan kerja saya. Di samping itu, saya juga dapat membantu mempromosi­kan kegiatan yang dijalankan pelajar,” katanya.

Mohd Faiz yang sembilan tahun mencurahka­n bakti kepada stesen radio IKIM berkata, setakat ini, dia tidak pernah terfikir mahu beralih angin mencuba nasib di stesen radio lain atau mencuba sesuatu yang berbeza.

Sebaliknya, Mohd Faiz yang kini mengendali­kan program

setiap Isnin hingga Khamis selesa untuk terus bersama dengan stesen berkenaan.

Seperti Muhamad Syafiq, kata Mohd Faiz, biarpun kerjayanya tidak glamor seperti penyampai radio lain, tetapi dirinya seronok dapat mengumpul saham akhirat.

Selain Muhamad Syafiq dan Mohd Faiz, stesen radio IKIM turut dibarisi penyampai wanita, Mona Jasman.

Rangkul pelbagai anugerah

Menyertai IKIM pada 2003, graduan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah, Universiti Al Azhar, Mesir itu pernah merangkul pelbagai anugerah termasukla­h Anugerah Media Islam Negara, Penyampai Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik pada 2006 dan 2007.

Selain itu, Mona pernah merangkul Anugerah Khidmat Cemerlang IKIM 2007 dan Anugerah Khidmat Setia 2018. Antara program pernah diterbitka­n ialah dan

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Mohd Faiz (kiri), Mona dan Muhammad Syafiq seronok menyebarka­n dakwah menerusi kerjaya sebagai penyampai radio IKIM.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Mohd Faiz (kiri), Mona dan Muhammad Syafiq seronok menyebarka­n dakwah menerusi kerjaya sebagai penyampai radio IKIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia