Berita Harian

‘Kami tak jangka bangkit’

Solskjaer minta pemain terus sedia terima tekanan berdepan baki aksi

-

Liga Perdana Inggeris

London: Ole Gunnar Solskjaer memberitah­u Manchester United terus melalui tekanan bagi merebut tempat ke kedudukan empat terbaik selepas merakamkan 19 perlawanan tanpa kalah untuk memberikan mereka peluang kembali ke Liga Juarajuara musim depan.

United menewaskan Crystal Palace 2-0 kelmarin hasil gol Marcus Rashford dan Anthony

Martial menerusi bantuan video bantuan pengadil (VAR) yang memberikan peluang buat mereka untuk kedudukan empat teratas.

Skuad kendalian Solskjaer kekal di tangga kelima, namun kini sama mata dengan Leicester, yang akan ditemui mereka pada hari terakhir musim ini dan hanya satu mata di belakang pasukan tangga ketiga, Chelsea.

“Kami perlu senyum, kami perlu mendapatka­n hak ini. Tiada siapa menjangka pada Januari bahawa kami berpeluang untuk empat tempat teratas,” kata Solskjaer.

“Ini adalah perlawanan yang penting. Inilah yang berlaku di Manchester United, anda perlu meningkat dan tunjukkan perwatakan anda.”

Solskjaer mengeluh selepas kurang 48 jam persiapan berbanding Chelsea bagi saingan separuh akhir Piala FA Ahad ini tetapi ia tiada perbezaan dalam pemilihan pemain pengendali dari Norway itu dengan hanya dua perubahan daripada skuad yang seri 2-2 berdepan Southampto­n.

Keletihan nampak memainkan faktor dalam permulaan perlahan daripada pelawat dan Solskjaer memberi amaran mereka tidak boleh mengulangi­nya dalam tempoh 10 hari akan datang.

“Sudah tentu ia jadual yang padat tetapi kami tidak boleh bermula seperti ini,” katanya. “Kami tidak mendapat rentak dalam hantaran kami tetapi dua gol menakjubka­n membuatkan kami menang.”

 ?? (Foto AFP) ?? Anthony Martial melepasi pertahanan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris, kelmarin.
(Foto AFP) Anthony Martial melepasi pertahanan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia