Berita Harian

Chelsea, Leicester, United tak boleh silap

-

Hanya berbaki dua aksi lagi, namun pasukan yang akan mengiringi Liverpool dan Manchester City ke Liga Juara-juara musim depan masih belum diketahui. Selepas 36 perlawanan saingan kini hanya babitkan tiga pasukan iaitu Chelsea, Leicester City dan Manchester United.

Sebelum ini, Wolves dan Sheffield United dilihat berpotensi untuk menggugat kedudukan tiga pasukan di atas, namun selepas keciciran mata, keduaduany­a kini hanya mampu menumpukan kepada perebutan saingan ke Liga Europa.

Terdahulu, Liverpool layak selaku juara liga manakala City di tempat kedua dengan mereka sah tidak boleh lagi dipintas mana-mana pasukan. Skuad Pep Guardiola layak selepas bebas daripada hukuman penggantun­gan selama dua tahun susulan rayuan diterima awal minggu ini.

Berikutan itu, hanya tinggal dua slot yang menjadi rebutan antara tiga pasukan berkenaan. Chelsea ketika menduduki tangga ketiga dengan himpunan 63 mata, manakala The Foxes (62) dan United (62). Wolves yang menduduki tangga keenam dengan 56 mata memiliki peluang sangat tipis terutama dari segi jumlah perbezaan jaringan dan bolos.

Mari kita lihat baki aksi tiga pasukan ini. Antara ketiga-tiganya, The Blues dilihat paling sukar. Bagi aksi minggu ke-37, mereka berdepan Liverpool di Anfield sebelum menyambut Wolves pada minggu terakhir liga.

Cabaran Leicester tidak kurang hebatnya, apabila berdepan Tottenham pada Ahad ini, sebelum menutup saingan bertemu United. Spurs sangat memerlukan kemenangan bagi memburu tempat ke Liga Europa selepas terlepas Liga Juara-juara.

United pula berdepan West Ham pada Khamis ini. Jika lawannya itu menang bertemu Watford awal pagi tadi, tekanan untuk mereka agak berkuranga­n selepas West Ham terkeluar dari zon penyingkir­an sekali gus memberi peluang kepada Red Devils untuk raih mata penuh.

Sudah pasti aksi terakhir bertemu The Fox di laman lawannya itu harus jadi penentu, jika kedua-dua pasukan terus terikat dengan jumlah mata sama pada minggu ke-37 sekali gus menjadikan minggu penutup paling panas.

Bagi tempat ke Liga Europa, pasukan Wolves dan Spurs berada di landasan terbaik, namun jika mereka tercicir baki dua aksi, Sheffield dan Arsenal hanya menunggu masa untuk memintas sekali gus meletakkan perebutan dua slot turut panas hingga ke penghujung musim.

Bagaimana pula saingan di zon penyingkir­an? Setakat ini, Norwich sudah sah terkeluar dan dua pasukan lagi bakal menyusul. Di tangga ke-19 ketika ini adalah Aston Villa dengan 31 mata, Bournemout­h (31), Watford (34) dan West Ham (34). Selamat menonton.

 ??  ?? Apa Kata...
Apa Kata...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia