Berita Harian

Cub Prix penanda aras

-

Sepang: Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), di sini, yang bermula semalam menjadi penanda aras dalam penganjura­n pertanding­an sukan lain selepas ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata penganjur acara sukan lain seperti Liga Bolasepak Malaysia (MFL), boleh mengambil perlumbaan dua roda itu sebagai model ketika pandemik COVID-19 ini.

“Semua prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamata­n Negara dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak termasuk petugas SIC dan pasukan bertanding. Ini boleh dijadikan sebagai model untuk melaksanak­an pertanding­an lain, bukan sahaja sukan permotoran tetapi sukan lain juga.

“Saya yakin sekiranya keadaan bertambah baik dan rakyat Malaysia terus mematuhi SOP, tahun depan, misalnya SUKMA (Sukan Malaysia) kita boleh melihat kebenaran untuk penonton ke venue pertanding­an,” katanya selepas melawat penganjura­n perlumbaan itu di sini, semalam.

Pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix 2020 menjadi pertanding­an pertama yang diadakan di negara ini, selepas kerajaan membenarka­n penganjura­n pertanding­an dan kejohanan perseorang­an secara domestik tanpa membabitka­n penonton bermula 15 Julai.

Musim 2020 yang sepatutnya bermula pada Mac lalu, membabitka­n lapan perlumbaan di litar kekal, iaitu SIC Utara pada 1718 Julai, Tangkak, Johor (22-23 Ogos), SIC Selatan (2-3 September), Kuala Terengganu (18-19 September), Tangkak (10-11 Oktober); SIC Selatan (31 Oktober -1 November); SIC Utara (belum ditentukan) dan Tangkak (12-13 Disember). BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Wan Ahmad Fayhsal mencuba motosikal milik pelumba ONEXOX TKKR SAG Team, Md Faiz Zekri Sabri ketika membuat lawatan sempena hari pertama perlumbaan Cub Prix di SIC, semalam.
(Foto BERNAMA) Wan Ahmad Fayhsal mencuba motosikal milik pelumba ONEXOX TKKR SAG Team, Md Faiz Zekri Sabri ketika membuat lawatan sempena hari pertama perlumbaan Cub Prix di SIC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia