Berita Harian

Tak mustahil Malaysia layak

-

Kuala Lumpur: Pertahanan kanan skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim menjelaska­n tiada yang mustahil untuk pasukan negara melayakkan diri ke Piala Dunia B-20 di Indonesia, tahun depan.

Pemain berusia 18 tahun itu berkata, apa yang penting semua pemain perlu bekerja keras untuk mengejar misi besar itu dengan memberikan persembaha­n terbaik dalam Kejuaraan B-19 AFC di Uzbekistan, Oktober ini.

“Kami dilatih dengan baik sebelum ini jadi semua sudah mengetahui kemampuan masing-masing. Untuk layak ke Piala Dunia, saya rasa kita boleh lakukan cuma perlu fokus dalam latihan,” katanya.

Skuad kendalian Brad Maloney diundi dalam Kumpulan D bersama Qatar, Tajikistan dan Yaman pada Kejuaraan B-19 AFC - kejohanan yang akan menjadi medan kelayakan ke Piala

Dunia B-20.

Selain itu, Muhammad Fahmi turut mengakui berdepan tugas sukar untuk bersaing merebut tempat dalam skuad akhir ke Uzbekistan kerana semua pemain yang dipanggil mempunyai kualiti dan potensi yang terbaik.

“Sebelum ini pun memang ada persaingan, main bola sepak tiada yang tak ada persaingan. Kalau tiada persaingan lebih baik tak payah buat pemilihan.

“Persaingan ini memang bagus untuk bola sepak, jadi kalau tak ada persaingan kita tak jumpa mana yang terbaik. Keyakinan mesti ada dalam setiap diri pemain untuk mendapatka­n tempat sebab kita nak mewakili negara.

“Ia memang perkara penting yang perlu ada cuma kita tak boleh terlalu yakin, tapi untuk mendapatka­n tempat dalam skuad memang agak sukar sebab semua pemain ada potensi masing-masing,” katanya.

Fahmi Daniel

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia