Berita Harian

RM225J PENJANA pulih industri seni

-

Kuala Lumpur: Dana bernilai RM225 juta yang disalurkan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dapat membantu merancakka­n semula industri seni, budaya dan hiburan negara pasca COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata peruntukan berkenaan amat dialu-alukan kerana ia memberi fokus terhadap keperluan warga industri.

Katanya, bantuan dana itu memberi dorongan amat diperlukan bagi sebahagian besar ekonomi kreatif, termasuk penekanan ke arah usaha pendigital­an, pembanguna­n dan kemampanan.

“Ini akan membantu melengkapk­an inisiatif kami bagi industri kreatif dalam enam bulan yang akan datang.

“Tumpuan utama kami adalah memastikan setiap sen peruntukan sampai kepada kumpulan sasaran yang tepat secepat mungkin, dengan urus tadbir yang baik serta berintegri­ti.

“Saya yakin Mycreative dan LAKSANA tidak akan meminggirk­an mana-mana pihak, termasuk wanita, anak muda serta minoriti sambil menyahut cabaran Perdana Menteri yang mahu mengelak birokrasi serta peraturan berlebihan hingga menghalang usaha pemulihan negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas rasional di sebalik itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia langkah rangsangan ekonomi untuk industri kreatif dalam landskap ketika ini yang sukar disebabkan penularan COVID-19.

“Keputusan memberi peruntukan kepada industri seni, budaya, hiburan dan acara adalah hasil maklum balas diterima ketika sesi dialog antara Kementeria­n Kewangan dengan pelbagai wakil industri,” katanya.

Pengerusi Mycreative Venture, Mohd Naguib Razak, berkata peruntukan RM190 juta untuk sektor kreatif disifatkan sebagai tanggungja­wab besar agensinya bagi merangka pelan dedustri mi menjamin masa depan industri kreatif negara.

“Kami berterima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Menteri Kewangan kerana memberi kepercayaa­n kepada Mycreative untuk merangsang semula ekonomi kreatif serta kembali sebagai penyumbang penting terhadap ekonomi digital Malaysia dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima permohonan untuk program Mycreative yang dirangka di bawah peruntukan PENJANA dengan matlamat dapat memberikan rangsangan cepat dan berkesan untuk semua yang berkaitan dengan inperuntuk­an kreatif tanah air.

Untuk tempoh enam bulan sehingga Disember depan, katanya, Mycreative akan memberi tumpuan membantu urus niaga dan aktiviti kreatif beralih ke dan menguasai peluang digital dan dalam talian dengan lebih berkesan.

Program di bawah Mycreative meliputi 10 subsektor kreatif iaitu penciptaan kandungan (termasuk filem, kandungan penyiaran dan penstriman dan permainan video), muzik, fesyen, seni persembaha­n, seni visual, sastera, seni tradisiona­l dan kebudayaan, seni kulinar, reka bentuk dan pendidikan kreatif.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia