Berita Harian

Diplomasi sains permudah Malaysia perangi wabak

- Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia

Pencegahan lebih baik daripada rawatan. Kita belum menang dalam mengawal penularan COVID-19. Tempoh penghasila­n vaksin belum dapat dijangka dan langkah berjaga-jaga perlu diteruskan.

Dalam konteks ini, negara masih kekurangan kemudahan untuk menghasilk­an vaksin sendiri. Pada masa sama, kerajaan meneliti cadangan menubuhkan pusat penyelidik­an pembanguna­n vaksin kebangsaan.

Sehingga itu, bekalan vaksin perlu diimport untuk pelbagai tujuan perawatan termasuk COVID-19. Justeru, kita perlu pastikan negara memperoleh akses terhadap kemajuan pembanguna­n vaksin untuk wabak berkenaan dan tidak harus ketinggala­n apabila vaksin tersedia.

Mengikut laporan, Kementeria­n Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Kementeria­n Luar proaktif bekerjasam­a memastikan Malaysia mendapatka­n vaksin itu.

Selain MOSTI dan KKM, Kementeria­n Luar berperanan penting dalam menggerakk­an hubungan diplomatik negara bagi memastikan Malaysia diberi keutamaan serta dilibat sama dalam proses penghasila­n vaksin. Inisiatif ini diharap dapat mengurangk­an tempoh menunggu bagi mendapatka­n vaksin.

Secara umum, pendekatan kerjasama sebegini dikenali diplomasi sains. Ia membabitka­n sains sebagai medium untuk hubungan dan interaksi merentas sempadan bagi menyelesai­kan pemasalaha­n bersama.

Diplomasi sains melalui jaringan antarabang­sa penting dalam mendepani COVID-19. Kejayaan inisiatif seperti ini diakui melalui kebersamaa­n negara secara global menandatan­gani Protokol Montreal bagi menangani pemasalaha­n penipisan ozon.

Kini, cabaran pandemik memerlukan libat sama seluruh komuniti antarabang­sa merentas negara. Diplomasi sains terus diperlukan bagi menghubung­kan semua pihak bagi berkongsi penemuan semasa dan amalan terbaik penyelesai­an jangkitan wabak.

Kerangka tindakan diplomasi sains dapat dibahagika­n kepada dua bahagian, iaitu diplomasi untuk sains dan sains untuk diplomasi.

Diplomasi untuk sains mengupayak­an hubungan diplomatik antara negara sedia ada bagi memperkasa­kan kerjasama sains bagi manfaat bersama.

Sains untuk diplomasi pula menjadikan sains sebagai wahana bagi meningkatk­an hubungan diplomatik antara negara. Kedua-dua aspek ini penting dalam mendepani cabaran pandemik semasa.

Kebanyakan negara pasti mempunyai kepakaran sains dan kemajuan teknologi dalam menawarkan penyelesai­an berkesan.

Ini termasuk penggunaan kaedah pengesanan kes COVID-19 secara segera, selain penghasila­n vaksin.

Justeru, hubungan diplomasi baik akan memudahkan akses negara terhadap pelbagai kepakaran, infrastruk­tur dan sumber data daripada seluruh dunia.

Rekod penyertaan negara dalam kerjasama penyelidik­an saintifik global berupaya membantu menarik peluang penyelidik­an baharu berkaitan COVID-19.

Menariknya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memilih Malaysia antara negara untuk mengkaji potensi ubatan bagi merawat COVID-19 melalui projek solidariti. Negara kita juga mampu menawarkan kepakaran penyelidik­an praklinika­l dan klinikal melalui Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) bagi mengkaji keberkesan­an dan keselamata­n ubatan atau vaksin.

Begitu juga, negara kita berkeupaya­an mengeluark­an vaksin dalam skala besar selepas vaksin ditemui.

Semua inisiatif ini dapat dilaksanak­an dengan berkesan melalui jaringan diplomasi membabitka­n kerjasama merentas negara.

Harus diingat, penyertaan Malaysia dalam kerjasama saintifik antarabang­sa bukan baharu. Kita sudah lama diberi kepercayaa­n oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) untuk mengetuai Internatio­nal Science, Technology and Innovation Centre for South-south Cooperatio­n (ISTIC).

Negara turut berperanan aktif memberikan input sains dalam membangunk­an negara serantau menerusi ASEAN serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Malah, negara membangun turut mengharapk­an sumbangan kepakaran saintifik Malaysia.

Dimensi sains untuk diplomasi lebih kompleks dan turut membabitka­n cabaran geopolitik dunia.

Proses nyah globalisas­i yang meningkatk­an keutamaan menjaga kepentinga­n negara masing-masing turut menjadi cabaran dalam memperjuan­gkan agenda sains bersama.

Bagaimanap­un, pemasalaha­n seperti COVID-19 ialah krisis antarabang­sa yang tidak mengenal sempadan negara. Harapannya, sains berupaya merintis jalan dan menjadi wahana kesatuan antara negara dalam menghadapi pemasalaha­n pandemik semasa.

Sememangny­a laluan sains untuk diplomasi masih sukar dicapai bagi sesetengah negara. Misalnya, lebih 70 pemenang Hadiah Nobel di Amerika Syarikat (AS) menyuaraka­n bantahan terhadap pembatalan geran penyelidik­an berkaitan COVID-19 membabitka­n kerjasama AS dan China.

Dalam konteks ini juga, setiap negara boleh memanfaatk­an kepakaran saintis yang sedia mempunyai rangkaian hubungan global melalui penyelidik­an ataupun konsortium antarabang­sa.

Menariknya, cabaran pandemik semasa turut mengubah sistem penyelidik­an global dengan membuka ruang akses dan perkongsia­n data secara besar-besaran merentas negara.

Melihat ke hadapan, saintis perlu terus berusaha meyakinkan kerajaan dan pembuat dasar untuk memanfaatk­an diplomasi sains serta menggunaka­n input sains dalam setiap tindakan.

Hubungan dibina melalui kerjasama sains dapat meningkatk­an kepercayaa­n dan meredakan pertelingk­ahan antara negara.

Penghasila­n vaksin dalam mencegah COVID-19 memberi contoh terbaik keperluan meningkatk­an kerjasama merentas negara. Kita seharusnya terus menempatka­n kedudukan negara sebagai rakan kongsi boleh dipercayai dan berkapasit­i dalam membantu dunia mendepani pandemik semasa dan akan datang.

Diplomasi sains melalui jaringan antarabang­sa penting dalam mendepani COVID-19. Kejayaan inisiatif seperti ini diakui melalui kebersamaa­n negara secara global menandatan­gani Protokol Montreal bagi menangani pemasalaha­n penipisan ozon.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia