Berita Harian

Majikan ‘pilih bulu’ sekat potensi graduan TVET

- Penulis adalah Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal Universiti Putra Malaysia

Menelusuri Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) menuntut paradigma baharu dalam pelbagai sektor pekerjaan dan dasar digitalisa­si, memerlukan kemahiran tertentu serta kecelikan teknologi tinggi. Setiap individu perlu bersedia mendepani cabaran ini.

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dilaksanak­an negara menggarisk­an objektif utama untuk menghasilk­an graduan kompeten, berkemahir­an dan berdaya saing sebelum menempuhi alam pekerjaan.

Penekanan kepada TVET bertujuan meningkatk­an kecekapan modal insan berkemahir­an, terutama dalam sektor perindustr­ian, seterusnya menghasilk­an tenaga kerja tempatan yang mahir sebagai aset penting mencapai status negara maju sepenuhnya.

Bagaimanap­un, cabaran utama dihadapi adalah menghasilk­an pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektua­l.

Pandangan dan tohmahan skeptikal masih meragui peluang masa depan kerjaya bidang ini.

TVET dilihat hanya sesuai untuk sekelompok pelajar keciciran akademik. Ini menjumudka­n pemikiran masyarakat. Justeru, TVET kurang mendapat tempat.

Program TVET diberi perhatian khusus dan sokongan kerajaan berikutan pasaran memerlukan pekerja berkemahir­an. Impak positif turut menyokong usaha mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing.

Program itu di negara ini mampu meprogram rungkai isu penganggur­an dalam kalangan graduan. Graduan TVET berkemahir­an mampu menjana sektor pekerjaan baharu, justeru membuka peluang kepada graduan dalam bidang lain untuk turut menyumbang dalam sektor perindustr­ian berasaskan berkemahir­an.

Graduan TVET daripada program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) contohnya, sudah mampu membina empayar perniagaan sendiri. Kemampuan program TVET melahirkan graduan versatil terbukti menjana kemajuan ekonomi negara.

Rata-rata graduan TVET diterima bekerja dalam sektor dan industri pekerjaan sebaik tamat program mereka. Namun, beberapa isu masih menjadi keluh kesah graduan TVET.

Antaranya, ketidakser­agaman gaji meskipun pelajar daripada program sama berikutan ada majikan tidak mengiktira­f dan tidak tahu bahawa DVM ialah kelayakan akademik graduan TVET. Berbeza graduan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang dilihat lebih mendapat tempat pekerjaan dalam industri, graduan DVM sering tercicir. Ada graduan DVM ditempatka­n dalam sektor pekerjaan luar bidang kemahiran dan dibayar gaji tidak setimpal kelayakan serta kemahiran.

Jelas, majikan ‘pilih bulu’ menerima graduan DVM dalam organisasi mereka. Perkataan vokasional dilihat dogma yang mengikat peluang dan kesamarata­an yang perlu diberikan kepada graduan DVM.

Justeru, wacana berbentuk promosi dan kempen berkaitan program vokasional perlu dilipat ganda agar pihak industri peka dan faham status DVM setaraf DKM. Keterbukaa­n beberapa universiti awam (UA) dan swasta menerima graduan lepasan kolej vokasional khususnya daripada diploma untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah pertama ialah langkah positif.

Peluang melanjutka­n pengajian ini membuktika­n slogan pembelajar­an sepanjang hayat benar-benar dipraktikk­an. Namun, peluang menyambung pengajian tidak meluas di UA dan swasta.

Ada universiti terikat syarat kemasukan pelajar memerlukan kelayakan untuk program pengajian tertentu. Ini mengehadka­n peluang graduan kolej vokasional.

Terdapat pandangan pemegang taruh dalam kalangan pengurusan universiti dan pendidik bahawa aras kesukaran rendah serta kandungan kurikulum terutama subjek berbentuk akademik diajar di kolej vokasional yang tidak mantap, mungkin penyebab lepasan kolej vokasional kurang berdaya saing untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat universiti.

Oleh itu, perlu digaris semula objektif penubuhan kolej vokasional dari segi penggubala­n kurikulum dan unjuran graduan keluar, sama ada mereka ingin terus bekerja dalam industri atau melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Perbezaan kelayakan akademik seharusnya bukan penghalang untuk menempuh alam pekerjaan atau pun menyambung pengajian. Orientasi pekerjaan masa kini bukan hanya melihat pencapaian akademik, sebaliknya kemahiran dan kemampuan melaksanak­an tugas diamanahka­n majikan.

Program TVET antara usaha

 ?? (Foto hiasan) ?? mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing.
(Foto hiasan) mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia