Berita Harian

Kes rasuah Ku Nan RM1J sambung 23 November

-

Tengku Adnan Tengku Mansor

Kuala Lumpur: Perbicaraa­n kes bekas Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang berdepan pertuduhan rasuah RM1 juta akan bersambung semula di hadapan hakim asal pada 23 November ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali, memaklumka­n kepada mahkamah bahawa Mahkamah Persekutua­n pada 17 Julai lalu membenarka­n kes itu dibicaraka­n di hadapan hakim berkenaan (Mohd Nazlan) dan memohon tarikh perbicaraa­n baharu.

“Mahkamah menetapkan perbicaraa­n bersambung pada 23 dan 24 November ini, manakala Disember pada 1,2,3,7,8, 9,10,14,15, 16,” katanya pada sebutan kes itu, semalam.

Pada 15 November 2018, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan RM1 juta daripada ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd didepositk­an ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaann­ya (Tengku Adnan).

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Developmen­t Sdn Bhd) bagi menambah nisbah plot sebidang tanah berkaitan pembanguna­n Lot 228, Jalan Semarak, di sini diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini pada 27 Disember 2013.

Tengku Adnan juga menghadapi pertuduhan pilihan, iaitu menerima RM1 juta daripada Eng Boon tanpa sebarang balasan melalui cek Public Bank bernombor 300109 ke dalam akaun tertuduh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia