Berita Harian

Suri rumah hina kerabat dipenjara dua bulan

-

Shah Alam: Seorang suri rumah dihukum penjara dua bulan atau denda RM10,000, oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan membuat penghantar­an komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Selangor di Facebook, pada Jun lalu.

Hakim Rihaida Rafie menjatuhka­n hukuman ke atas Siti Nurul Ain Mat Nayan, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Siti Nurul Ain didakwa menggunaka­n perkhidmat­an aplikasi internet menerusi telefon bimbit jenis Samsung A30 secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantar­an komen jelik berkaitan kerabat diraja Selangor di Facebookny­a dengan niat menyakitka­n hati orang lain.

Pautan itu kemudian dibaca di Istana Mestika, Seksyen 7, di sini, kira-kira jam 10.26 pagi, pada 26 Jun lalu.

Tertuduh berasal dari Pekan, Pahang didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, juga boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas hukuman dikenakan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam supaya lebih peka sebelum membuat hantaran di media sosial.

Bagaimanap­un, tertuduh tidak diwakili peguam kelihatan sebak dalam rayuannya supaya hukuman lebih ringan atas alasan dia sudah insaf dan berjanji tidak melakukan kesalahan lagi.

Tertuduh juga memaklumka­n anak perempuann­ya yang berusia tiga tahun trauma dengan insiden dihadapiny­a, justeru dia merayu hukuman diringanka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia