Berita Harian

Bill Gates nafi teori konspirasi

-

Washington: Bill Gates, antara individu terkaya di dunia, kelmarin menyangkal teori konspirasi yang tular dalam talian, menuduh beliau mencipta wabak COVID-19.

“Ia kombinasi buruk pandemik bersama media sosial, dan orang ramai mencari penjelasan sangat mudah,” kata pengasas Microsoft itu pada satu temu bual bersama CNN Town Hall.

Gambar yang diubah suai dan artikel berita palsu dihasilkan oleh pereka teori konspirasi itu dikongsi beribu kali di media sosial dan aplikasi mesej dalam pelbagai bahasa.

Ia secara khusus menyasarka­n Gates, dan berjaya menarik perhatian sejak permulaan pandemik virus itu.

Malah, sebuah video yang menuduh Gates mahu ‘menghapusk­an 15 peratus penduduk’ melalui vaksin dan mikrocip elektronik, sudah mencatat jutaan tontonan dalam Youtube.

Gates menegaskan, yayasan beliau (Yayasan Bill & Melinda Gates) sudah menyumbang banyak wang bagi pembelian vaksin untuk menyelamat­kan nyawa berbanding mana-mana kumpulan lain.

“Malah, saya juga berikrar akan menyumbang­kan AS$250 juta (RM1.06 bilion) dalam usaha memerangi pandemik ini dan yayasan membelanja­kan berbilion dolar bagi menambah baik penjagaan kesihatan di negara membangun sejak 20 tahun lalu.

“Jadi, anda perlu pesongkan perkara itu dan berkata, OK, kami meraih wang dan cuba membunuh orang dengan vaksin atau mencipta sesuatu.

“Sekurang-kurangnya yang benar ialah kami memang ada kaitan dengan vaksin, namun kebenaran dipesongka­n,” katanya yang turut berharap konspirasi terbabit tidak menimbulka­n ‘keraguan terhadap vaksin’.

Pelbagai khabar angin disebarkan, termasuk dakwaan bahawa Biro Penyiasata­n Persekutua­n (FBI) sudah menahan Gates atas tuduhan keganasan biologi selain dakwaan beliau menyokong plot Barat untuk meracun rakyat Afrika.

Bagaimanap­un, ini bukan kali pertama Gates menjadi sasaran pereka teori konspirasi kerana ketika virus Zika tercetus di Brazil pada 2015, beliau antara individu berpengaru­h dituduh bertanggun­gjawab menyebarka­n penyakit itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia