Berita Harian

Vietnam larang dagang hidupan liar cegah pandemik

-

Hanoi: Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc, mengeluark­an arahan larangan serta-merta perdaganga­n hidupan liar bagi mencegah risiko COVID-19 dan membendung sebarang pandemik lain.

Arahan larangan itu membabitka­n import haiwan liar hidup, produk hidupan liar, pengharama­n pasar hidupan liar dan menguat kuasa larangan pemburuan serta penjualan secara haram termasuk dalam talian.

Vietnam kini menjadi hab penting di benua Asia bagi penjualan produk hidupan liar terutama sisik tenggiling, gading gajah, sumbu badak, yang dipercayai mempunyai nilai perubatan oleh sektor rawatan tradisiona­l.

Larangan itu mendapat sambutan hebat daripada pertubuhan perlindung­an alam sekitar, namun ada pihak yang sangsi usaha itu dapat bertahan lama.

Aktivis Save Vietnam Wildlife, Nguyen Van Thai, berkata larangan pengambila­n hidupan liar dalam arahan itu tidak mencukupi kerana tidak meliputi penggunaan haiwan untuk tujuan ubat atau disimpan sebagai haiwan peliharaan.

“Adalah penting untuk menyenarai­kan penggunaan haiwan liar yang dilarang dengan terperinci supaya undang-undang ini tidak disalah guna,” katanya.

Februari lalu, 14 pertubuhan perlindung­an alam sekitar menghantar memorandum bersama kepada kerajaan untuk mengenal pasti dan menutup pasar serta lokasi yang menjadi premis dagangan hidupan liar.

Asia Tenggara ketika ini dilaporkan mempunyai banyak pasar hidupan liar dan penjualan secara dalam talian juga melonjak apabila undang-undang sedia ada gagal tidak dikuat kuasa sepenuhnya.

Saintis percaya virus termasuk COVID-19, yang menjangkit­i manusia itu berpunca dari haiwan.

Malah, dalam kes COVID-19, jangkitan terawal ditemui pada orang yang terdedah kepada pasar hidupan liar di Wuhan, wilayah Hubei di China, di mana kelawar, ular, musang dan lain-lain hidupan liar dijual secara terbuka.

AGENSI

Adalah penting untuk menyenarai­kan penggunaan haiwan liar yang dilarang dengan terperinci supaya undangunda­ng ini tidak disalah guna.

Nguyen Van Thai

Aktivis Save Vietnam Wildlife

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia