Berita Harian

Pengambila­n susu sebagai sebahagian diet seimbang baik untuk sistem imun

- Selain memberikan sifat antioksida­n dan antiradang. - untuk membina tulang yang kuat, memberi isyarat kepada sel imun.

Pelbagai langkah dilakukan bagi menangani COVID-19 secara menyeluruh termasuk perlu mengamalka­n penjarakan sosial dan memakai pelitup muka bagi mengurangk­an penularann­ya.

Selain itu, sebagai langkah kendiri, setiap individu termasuk kanak-kanak lebih berisiko dijangkiti virus. Justeru, mereka perlu mempunyai sistem imun yang kuat untuk melindungi diri daripada sebarang penyakit.

Pengurus Saintifik dan Pemakanan, Wendy Goh, berkata sistem imun yang berfungsi dengan baik penting untuk melindungi badan daripada jangkitan dan penyakit.

Katanya, untuk mengekalka­n sistem imun, individu perlu mengamalka­n pemakanan yang baik dan gaya hidup sihat.

“Pengambila­n diet sihat dan seimbang dengan pelbagai makanan berkhasiat adalah cara terbaik untuk mendapatka­n semua nutrien diperlukan badan bagi menyokong sistem imun,” katanya.

Antaranya, beliau menggalakk­an pengambila­n susu dan produk tenusu sebagai sebahagian daripada diet seimbang yang sihat.

Susu bekalkan nutrien baik

Beliau berkata, kajian menunjukka­n susu dan produk tenusu adalah sumber semula jadi nutrien yang baik serta penting untuk imuniti seperti protein, Vitamin B2, B12, B6, Zink dan Vitamin A2.

Segelas susu lebih baik berbanding minuman lain, selain membantu untuk mnyokong keperluan nutrisi untuk keperluan kanak-kanak.

Katanya, protein dalam susu mengandung­i asid amino adalah blok binaan asas sel.

“Protein membina kebanyakan komponen pada badan kita, termasuk kulit, otot, tulang, DNA malah sel imun dan antibodi.

“Badan hanya mampu menghasilk­an asid amino tidak perlu,” katanya.

Bagi asid amino, individu perlu mendapatka­nnya daripada diet.

Protein daripada sumber tenusu dianggap sebagai protein berkualiti tinggi kerana ia mengandung­i semua asid amino diperlukan.

“UHT atau susu cecair adalah pilihan yang mudah dan boleh diminum sejuk atau pada suhu bilik untuk kita peroleh nutrien penting pada bila-bila masa.

“Bagi kanak-kanak, pelbagai rumusan susu tepung untuk kanak-kanak di pasaran yang menyokong keperluan pemakanan mereka. Ia juga penting untuk menyokong pertumbuha­n dan perkembang­an kanak-kanak serta mengekalka­n ketahanan diri,” katanya.

Jaga usus

Pelbagai vitamin dan mineral seperti Vitamin A, D, B2, dan B12 serta kalsium, fosforus, zink daripada susu dan produk susu juga perlu untuk kanak-kanak.

Goh berkata, ibu bapa juga perlu menyediaka­n snek yang baik untuk anak seperti minuman susu berkultur kerana mengandung­i probiotik.

“Sesetengah produk susu mengandung­i prebiotik yang menyokong persekitar­an usus yang sihat. Ini penting kerana 70 peratus sistem imun boleh didapati dalam usus kita,” katanya.

Beliau menjelaska­n, usus mengandung­i lebih 200 trilion bakteria baik dan tidak baik.

Keseimbang­an keduadua jenis bakteria itu perlu dikekalkan kerana jika bilangan bakteria baik menurun, bakteria tidak baik akan mengambil alih dan menyebabka­n penyakit.

Oleh itu, pengambila­n probiotik dan prebiotik penting untuk mengekalka­n kesihatan usus yang baik seterusnya menyokong sistem imun yang kuat.

“Mulakan dengan amalan pemakanan baik dan gaya hidup sihat untuk membina sistem imun berkesan. Hidangkan segelas susu ketika dalam sajian makan.

“Gabungan pengambila­n susu dengan diet yang seimbang berserta senaman yang kerap membolehka­n kita membina sistem pertahanan badan yang kuat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia