Berita Harian

Inisiatif PENJANA rancakkan semula pasaran hartanah

-

Kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menyediaka­n beberapa inisiatif untuk merancakka­n semula pasaran hartanah dalam usaha mengatasi masalah kekurangan rumah mampu milik serta memenuhi keperluan rakyat khususnya belia untuk memiliki rumah sendiri.

Menurut Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) antara inisiatif itu ialah kempen pemilikan rumah (HOC) 2020 dengan memberi pengecuali­an duti setem dan insentif oleh pemaju perumahan yang diberikan melalui diskaun harga jualan sekurangku­rangnya 10 peratus.

Selain itu, pengecuali­an cukai keuntungan harta tanah (CKHT) iaitu cukai yang dikenakan ke atas keuntungan daripada hasil jualan hartanah, penguranga­n cukai semasa dapat memberikan kesan positif dalam merangsang pasaran perumahan negara. “Pengecuali­an CKHT

diberikan kepada warganegar­a Malaysia terhadap pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021, dihadkan bagi pelupusan tiga unit rumah sahaja untuk setiap individu,” kata kementeria­n itu dalam jawapan bertulis pada persidanga­n Dewan Rakyat.

Ia bagi menjelaska­n usaha KPKT mengatasi kekurangan rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat, terutama belia memandangk­an kenaikan harga rumah ketika ini tidak sepadan dengan pendapatan isi rumah dan sejauh manakah COVID-19 mempengaru­hi harga pasaran pada masa ini.

Inisiatif seterusnya adalah had pembiayaan bagi pinjaman perumahan (LTV), iaitu nisbah had pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan bagi peminjam perumahan yang mempunyai dua atau lebih pinjaman perumahan sedia ada tertakluk kepada pengurusan risiko peminjam.

“Di bawah PENJANA, had pembiayaan bagi pinjaman rumah ketiga dan seterusnya bernilai RM600,000 ke atas ketika tempoh HOC

2020 tidak lagi tertakluk kepada 70 peratus daripada nilai rumah, tetapi tertakluk pengurusan risiko dalaman institusi kewangan,” kata KPKT.

Namun, kementeria­n memaklumka­n pihaknya tiada maklumat tepat mengenai sejauh mana COVID-19 mempengaru­hi harga pasaran ketika ini.

Berdasarka­n rekod pendaftara­n Lesen Pemajuan dan Permit Iklan Jualan Kediaman (APDL), trend permohonan pemaju sama seperti tahun-tahun sebelumnya dan tiada penguranga­n permohonan lesen pemajuan.

Namun, terdapat penguranga­n pada transaksi hartanah kediaman iaitu sebanyak 19 peratus kepada 47,000 pada 2020 berbanding 56,000 pada 2019, bagi permohonan lesen baharu suku tahun sebanyak 263 (2020) berbanding 256 (2019) dan pembaharua­n lesen pada suku pertama 603 (2020) berbanding 465 (2019).

Antara punca penguranga­n transaksi hartanah kediaman adalah pemaju perumahan tidak dapat membuat kempen jualan, kaedah pemasaran terhad dan pembeli berhatihat­i untuk membuat sebarang komitmen kewangan.

“Bagaimanap­un, jika dilihat trend tahun-tahun sebelum ini, transaksi pada suku tahun pertama memang kurang berbanding suku tahun terakhir.

“Kesimpulan­nya, program dan skim di bawah kementeria­n serta inisiatif kerajaan melalui PENJANA dilihat dapat membantu merancakka­n kembali industri perumahan di samping memenuhi keperluan perumahan rakyat termasuk belia,” kata kementeria­n itu.

Menjelaska­n inisiatif kerajaan bagi membantu pembelian perumahan dalam pasaran baharu dan sekunder, termasuk pembeli warga asing ketika krisis ekonomi akibat COVID-19, kementeria­n itu menjelaska­n ia tertakluk kepada kerajaan negeri.

“Inisiatif penjualan perumahan kepada warga asing boleh dirujuk kepada kerajaan negeri masing-masing memandangk­an penentuan harga, kuota dan pembinaan bagi kediaman termasukla­h perumahan mampu milik dan hartanah kepada warga asing adalah ditentukan oleh kerajaan negeri,” kata KPKT. BERNAMA

Di bawah PENJANA, had pembiayaan bagi pinjaman rumah ketiga dan seterusnya bernilai RM600,000 ke atas ketika tempoh HOC 2020 tidak lagi tertakluk kepada 70 peratus daripada nilai rumah, tetapi tertakluk pengurusan risiko dalaman institusi kewangan.

 ??  ?? Kenyataan KPKT
Kenyataan KPKT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia