Berita Harian

Ning balas dendam

Atur langkah selepas PKP dengan single baharu

-

Oleh Farihad Shalla Mahmud

Sekian lama tiada lagu baharu, Ning Baizura meluahkan rasa teruja apabila berpeluang merakamkan lagu hasil ciptaan bersama komposer terkenal, Aubrey Suwito dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Ahmad Izham Omar.

Lebih membuatkan Ning seronok, lagu itu bukan saja bakal merancakka­n kerjaya seninya yang agak perlahan sejak kebelakang­an ini, malah dihasilkan untuk tujuan murni.

Single bakal menjadi lagu tema sempena kempen Tabung Pahlawan iaitu kerjasama antara Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Primeworks Studios Sdn Bhd.

Bertemu penyanyi bersuara soprano ini ketika merakamkan lagu berkenaan di studio milik Aubrey di Ara Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini, Ning mengaku tidak sabar kembali aktif selepas lebih tiga bulan berkurung di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya difahamkan, Media Prima Berhad sudah menyusun atur jadual promosi lagu ini.

“Antaranya sesi temu bual dengan stesen radio dan TV milik mereka, rakaman muzik video dan lagu ini bakal menjadi runut bunyi untuk drama,” katanya kepada

Ning berkata, sejak PKP dikuat kuasakan, artis antara mereka yang terkesan.

“Sebagai persediaan kembali aktif, saya perlu kelihatan cantik dan bertenaga.

“Untuk itu, saya perlu mengurangk­an lagi berat badan sebanyak empat atau lima kilogram (kg). Berat badan saya tidaklah bertambah, cuma saya mahu nampak lebih bergaya apabila muncul di kaca TV,” katanya.

Biarpun single ada kaitan dengan semangat perjuangan, Ning berkata, karya itu bukan seperti lagu patriotik biasa.

“Lagu ini banyak memberi makna kepada saya. Perwira menyaksika­n saya kembali bekerjasam­a dengan Aubrey di studio.

“Kali terakhir pada 2004 ketika merakamkan lagu

Saya juga sudah lama tidak berkolabor­asi dengan Ahmad Izham.

“Saya sangat teruja kerana lagu ini bukan seperti lagu patriotik

Ning bersama Aubrey

biasa yang orang susah hendak ingat. Insya-allah, lagu ini tidak jadi begitu.

“Saya percaya dengan magis yang ada pada Aubrey dan Ahmad Izham. Walaupun kita jarang mengingati pahlawan dan orang yang berjuang untuk negara, saya yakin lagu ini nanti akan mengembali­kan semula ingatan pendengar kepada wira kita,” katanya.

Selit ikrar kesatria dalam lirik

Sementara itu, Ahmad Izham menyifatka­n Ning penyanyi tepat bagi lagu Perwira kerana vokalnya yang hebat.

“Kita perlukan ikon dikenali ramai dan mempunyai vokal mantap. Ning dipilih kerana dia menepati kriteria itu.

“Sejak awal kemunculan hingga hari ini, baik yang muda atau orang lama, semuanya kenal siapa Ning. Saya pernah mengiringi persembaha­nnya dan rasa teruja dapat bekerjasam­a dengannya semula,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai pembikinan lagu itu, Ahmad Izham berkata, sebahagian daripada lirik dipetik daripada ikrar yang pernah dilafazkan pasukan perajurit tanah air.

“Pada bahagian korus lagu ini, saya selitkan kata-kata penuh semangat, sesuai dengan konsepnya.

“Paling mahal, saya ambil sebahagian daripada ikrar kesatria yang pernah dilafazkan anggota tentera darat, laut dan udara sebagai lirik,” katanya.

Ahmad Izham berkata, lirik itu dipilih kerana beberapa patah perkataann­ya menusuk kalbu.

“Untuk memberi jiwa kepada ikrar itu, saya gunakan suara pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail membacakan ikrar berkenaan,” katanya.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? mengadakan rakaman lagu Perwira sempena Hari Pahlawan.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) mengadakan rakaman lagu Perwira sempena Hari Pahlawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia