Berita Harian

Kedah tunggu kelulusan MKN pindahkan penduduk Bukit Malut ke lokasi baharu

Pindah penduduk ke lokasi baharu hanya babitkan warganegar­a

- Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Saya sudah hantar pihak untuk berbincang dengan MKN mengenai kertas kerja bagi memindahka­n komuniti ini, mereka mempunyai kad pengenalan dan warganegar­a.

Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah

Alor Setar: Kerajaan negeri sedang menunggu kelulusan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bagi memindahka­n penduduk Melayu Islam Kedah di Bukit Malut ke lokasi baharu di Langkawi.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya sudah mengemukak­an kertas kerja kepada MKN bagi memindahka­n mereka ke lokasi baharu yang belum dapat didedahkan lagi.

“Saya sudah menghantar pihak untuk berbincang dengan MKN mengenai kertas kerja untuk memindahka­n komuniti ini, mereka mempunyai kad pengenalan dan warganegar­a Malaysia.

“Saya yakin MKN bersetuju dengan kertas cadangan kita, lokasi penempatan baharu mereka masih di sekitar Langkawi cuma lokasi tepat masih perlu dirahsiaka­n buat sementara waktu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Star View Menara Alor Setar di sini, semalam.

Muhammad Sanusi berkata, proses pemindahan perlu dilakukan bagi mengembali­kan tanah rizab kerajaan antaranya milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang diduduki secara berleluasa sejak sekian lama.

Katanya, kerajaan negeri kini bergantung sepenuhnya kepada keputusan MKN kerana lokasi baharu penempatan mereka sudah disediakan.

“Kita akan pindahkan mereka yang warganegar­a sahaja, bukan pendatang asing tanpa izin (PATI), saya nak tegaskan mereka bukan kebal, perkara ini memang tak selesai daripada dahulu.

“Itu kita kena tanya pemerintah terdahulu kenapa ia berlarutan, tapi kerajaan sekarang kita ada inisiatif untuk pindahkan mereka ke tempat yang lebih tersusun,” katanya.

Semalam, BH melaporkan penempatan Bukit Malut semakin membesar selepas terdapat lereng bukit diratakan bagi tujuan pembinaan rumah baharu.

Turut dikesan pembinaan dua bangunan rumah kedai dipercayai dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa, berikutan tidak mempunyai papan tanda projek di laluan masuk utama Bukit Malut.

 ??  ??
 ?? (Foto Amran Hamid/bh) ?? Muhammad Sanusi meninjau Bandaraya Alor Setar selepas merasmikan Star View Menara Alor Setar, semalam.
(Foto Amran Hamid/bh) Muhammad Sanusi meninjau Bandaraya Alor Setar selepas merasmikan Star View Menara Alor Setar, semalam.
 ?? (Foto Amran Hamid/bh) ?? Penempatan di Bukit Malut semakin membesar selepas lereng bukit ditarah.
(Foto Amran Hamid/bh) Penempatan di Bukit Malut semakin membesar selepas lereng bukit ditarah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia