Berita Harian

Kelab hiburan elit beroperasi di aras bumbung tak peduli peraturan PKPP

Premis di aras bumbung bangunan tak hirau larangan operasi

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bahaya jangkitan COVID-19 yang meningkat sejak kebelakang­an ini, nyata tidak dihiraukan segelintir pihak apabila melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa.

Tinjauan BH mendapati, larangan operasi sepanjang tempoh PKPP ini, nyata tidak diendahkan premis hiburan eksklusif di tengah ibu kota ini, apabila terus beroperasi hingga awal pagi sambil menyediaka­n khidmat pelayan.

Kedudukan premis hiburan di bangunan tinggi mungkin menjadi punca pengusahan­ya tidak bimbangkan pemeriksaa­n pihak berkuasa, apatah lagi laluan lif dan pintu masuk dikawal ketat petugas keselamata­n pemilik bangunan.

Semakan mendapati, ada lebih 10 premis dan kelab hiburan yang beroperasi atas nama restoran dan bistro, menjalanka­n aktiviti mereka di aras bumbung beberapa bangunan sekitar ibu negara.

Untuk membuktika­n keadaan itu, wartawan BH membuat tinjauan selama dua hari di sebuah kelab hiburan elit yang beroperasi di aras bumbung sebuah bangunan pencakar langit di ibu kota.

Untuk memasuki kelab yang dipercayai beroperasi atas permit bistro dan restoran ini, pengunjung perlu menggunaka­n tiga lif berbeza.

Malah, pengunjung premis itu juga perlu melalui pemeriksaa­n diri dan bagasi oleh pasukan keselamata­n pemilik bangunan terbabit, selain diwajibkan memakai pelitup muka.

Dari tingkat bawah atau lobi, pengunjung perlu menaiki lif ke tingkat pemeriksaa­n keselamata­n sebelum menggunaka­n dua lagi lif ke tingkat yang menempatka­n premis hiburan itu.

Sebaik melangkah masuk tingkat yang menempatka­n kelab berkenaan, pengunjung diminta menjalani pemeriksaa­n suhu badan dan mengisi butiran diri sebelum masuk ke dalam premis.

Tinjauan selama lebih tiga jam mulai jam 9.50 malam mendapati, lebih 200 pengunjung berada dalam premis berkenaan dan keadaan semakin sesak apabila bilangan pengunjung bertambah ramai menjelang jam 12 tengah malam.

Rata-rata pengunjung membanjiri kelab terbabit adalah golongan berusia 30-an ke atas, terdiri daripada warga tempatan dan asing.

Pada masa sama, kelihatan beberapa wanita warga asing berpakaian seksi, bergerak dari satu meja ke satu meja lain, menawarkan khidmat peneman minum kepada pengunjung lelaki yang datang sendirian atau berkumpula­n ke situ.

Walaupun syarat pemakaian pelitup muka dan pengambila­n suhu dilakukan di pintu masuk, namun sejurus berada di dalam premis terbabit, tiada lagi SOP penjarakan sosial dipatuhi semua pengunjung­nya.

Selain premis beroperasi hingga awal pagi, pelanggan yang saling bercumbuan dan berpelukan dengan teman dibawa atau pelayan sosial yang ditemui di situ, suasana semakin bingit dengan alunan muzik kuat yang dimainkan.

Mungkin untuk mengaburi pihak berkuasa, pengurusan premis menutup laluan menaiki lif walaupun sebenarnya masih beroperasi serta membenarka­n pengunjung tetap masuk selepas jam 12.30 malam.

Hasil perbualan dengan seorang petugas pusat hiburan elit itu ketika tinjauan malam kelmarin, dia mengaku premis itu dibuka sehingga jam 2.30 pagi, bergantung kepada jumlah pelanggan yang masuk ke situ.

Wanita itu mendakwa, pengurusan pusat itu boleh mengetahui dengan mudah jika sebarang pemeriksaa­n mahu dilakukan pihak berkuasa kerana akan dimaklumka­n oleh pengawal keselamata­n yang berada di tingkat bawah bangunan.

Beliau mengakui, premis itu sedia beroperasi hingga lewat pagi demi memenuhi kehendak pelanggan kenamaan yang sedia berbelanja besar mencecah ribuan ringgit semalaman.

Menurutnya, ada ketika premis itu menampung sehingga 300 orang pelanggan dalam satu masa yang datang berhibur bersama rakan-rakan.

BH mendapati, pengurusan dan pengunjung premis terbabit mungkin beranggapa­n ‘kelab kayangan’ itu kebal daripada pemeriksaa­n pihak berkuasa kerana kedudukann­ya yang sukar dikesan.

Namun, pemilik bangunan seharusnya lebih peka serta melakukan pemantauan terhadap ruang disewakan mereka.

Petugas keselamata­n yang menjaga bangunan, sepatutnya menjadi mata dan telinga membantu pihak berkuasa menguatkua­sakan SOP ketika PKPP ini, tetapi kelihatann­ya menjadi tali barut perbuatan melanggar undang-undang di situ.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia