Berita Harian

PKP jika kes kembali tiga angka

Kerajaan tiada pilihan selain had pergerakan elak kes terus meningkat

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Zanariah Abd Mutalib bhnews@bh.com.my

Kerajaan akan melaksanak­an semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes harian positif COVID-19 kembali mencecah tiga angka. Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan jika jumlah kes jangkitan terus meningkat, kerajaan tiada pilihan, melainkan mengehadka­n pergerakan rakyat.

Kota Bharu: Kerajaan tidak teragak-agak menguatkua­sakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekiranya kes harian positif COVID-19 di negara ini, kembali mencecah tiga angka.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jika kes terus meningkat, kerajaan tiada pilihan selain melaksanak­an semula PKP, sekali gus mengehadka­n pergerakan rakyat.

“Empat hari berturut-turut kes meningkat. Kementeria­n Kesihatan (KKM) melaporkan, peningkata­n kes jangkitan COVID-19 yang berlaku di dalam negara disebabkan kealpaan kita sendiri.

“Kita lupa apabila melanggar prosedur operasi standard (SOP), akhirnya kes jangkitan semakin meningkat.

“Kita berharap tindakan kita belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok (hari ini),” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian selepas melawat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wakaf Mek Zainab di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, ketika ini perjalanan rentas negeri masih dibenarkan tanpa sebarang halangan.

Katanya, kebebasan pergerakan itu dibenarkan kecuali ada pengumuman terkini dibuat susulan hasil mesyuarat khas menteri berkaitan PKP yang berlangsun­g hari ini.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai supaya menjaga diri sendiri dengan mematuhi SOP ditetapkan tanpa menunggu anggota pasukan keselamata­n membuat rondaan atau sebarang teguran.

“Kita semua patut menjadi barisan hadapan dengan menasihatk­an keluarga terdekat supaya mematuhi SOP.

“Apa yang membimbang­kan, pada Aidiladha nanti apabila ada acara sembelih lembu, tiada jarak sosial dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan,” katanya.

Jika kes terus meningkat, kerajaan tiada pilihan selain melaksanak­an semula PKP, sekali gus mengehadka­n pergerakan rakyat. Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ??  ??
 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar /BH] ?? Ismail Sabri (dua dari kanan) menziarahi veteran ATM, Mohamed Salleh yang menghidap strok ketika lawatan kerja di Kampung Baru Wakaf Mek Zainab Kota Bharu, semalam.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar /BH] Ismail Sabri (dua dari kanan) menziarahi veteran ATM, Mohamed Salleh yang menghidap strok ketika lawatan kerja di Kampung Baru Wakaf Mek Zainab Kota Bharu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia