Berita Harian

Amal SOP ketat mampu elak pekerja kesihatan dijangkiti

-

Taiping: Prosedur operasi standard (SOP) ketat sedia ada diamalkan kakitangan kesihatan berupaya membendung penularan COVID-19 walaupun dalam kalangan pesakit tanpa gejala yang mendapatka­n rawatan di hospital atau klinik.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata disebabkan itu Kementeria­n Kesihatan (KKM) belum mempertimb­angkan langkah tambahan khusus terhadap hospital atau klinik yang menyediaka­n rawatan biasa seperti pergigian.

“Pertama, kita perlu tahu pesakit tanpa gejala memang ramai. Ramai juga dimasukkan ke wad selepas didapati positif COVID-19, namun tidak menunjukka­n gejala. SOP ketat sedia ada yang diamalkan kakitangan kesihatan masih berupaya membendung jangkitan daripada pesakit.

“Kes jangkitan dalam kalangan pekerja kesihatan yang dilaporkan, penularann­ya bukan daripada pesakit sebaliknya melalui aktiviti di luar waktu bekerja.

“Saya tegaskan SOP sedia ada sudah begitu ketat untuk mengawal penularan wabak daripada pesakit kepada pekerja kesihatan,” katanya pada sidang media Majlis Penghargaa­n dan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat negeri di Dewan Perbandara­n Taiping di sini, semalam.

Dr Noor Azmi berkata demikian ketika mengulas langkah KKM membendung kebolehjan­gkitan COVID-19 susulan terdapat banyak kes dilaporkan kebelakang­an ini membabitka­n pesakit tidak bergejala.

Beliau berkata, namun bagi memantapka­n pencegahan penularan wabak, setiap individu ingin mendapatka­n rawatan biasa selain COVID-19 harus berterus terang mengenai sejarah perjalanan dan kontak rapat, selain memberitah­u jika mengalami sebahagian simptom COVID-19.

Dalam perkembang­an lain, Dr Noor Azmi berkata, penyertaan kempen derma darah khususnya daripada persatuan keagamaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah menengah dan agensi kerajaan mahupun swasta penting bagi memastikan kelangsung­an bekalan darah negara.

Beliau berkata, ia disebabkan faktor umur dan tahap kesihatan penderma juga menentukan sama ada seseorang boleh menderma atau tidak, sekali gus mengurangk­an bekalan darah diterima susulan bilangan penderma terhad biarpun mengakui setakat ini bekalan darah negara pada tahap mencukupi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia