Berita Harian

Satu lagi korban selepas 7 hari tiada kematian

-

Putrajaya: Selepas tujuh hari tiada kes kematian akibat COVID-19, Malaysia mencatatka­n satu kes kematian, semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif 124 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian itu membabitka­n seorang wanita berusia 63 tahun.

“Kes ke-8,743 itu mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hyperchole­sterolemia. Beliau mempunyai gejala demam dan batuk pada 3 Julai lalu dan mendapat rawatan, 9 Julai.

“Beliau kemudian dirujuk ke Hospital Umum Kuching pada hari sama untuk rawatan lanjut dan disahkan positif COVID-19.

“Keadaan wanita terbabit merosot dan semakin tenat. Beliau disahkan meninggal dunia jam 12.04 tengah malam tadi (semalam). Pihak kementeria­n mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, bagi kes baharu 13 jangkitan dicatatkan membabitka­n 10 penularan tempatan dan tiga import.

“Tiga kes import mendapat jangkitan di luar negara membabitka­n seorang warganegar­a Malaysia dan dua warganegar­a asing. Kes import itu dari Pakistan, Kazakhstan dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata, bagi kes penularan dalam negara, satu daripada individu warga asing dan selebihnya warga tempatan.

“Kes jangkitan daripada warganegar­a asing dikesan di Kluster Bukit Tiram, manakala sembilan kes warganegar­a Malaysia dikesan di Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

“Enam kes di Johor adalah daripada Kluster Bukit Tiram dan satu kes masing-masing di Pahang, iaitu kes saringan praprosedu­r; Sabah daripada kes saringan kontak rapat kepada kes ke-8,662 dan Sarawak daripada Kluster Sentosa,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, dengan pertambaha­n kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini 8,897 kes.

“Sehingga kini jumlah kes aktif kebolehjan­gkitan 173 kes. Masih ada dua individu menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan seorang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sehingga jam 12 tengah hari, katanya, enam kes pulih semalam, menjadikan jumlah kumulatif 8,600 kes atau 96.7 peratus daripada keseluruha­n kes.

Dr Noor Hisham berkata, 2,897 pengembara belum tampil ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) setakat Jumaat lalu untuk mendapat pelepasan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatia­n di rumah.

Beliau berkata, Kementeria­n Kesihatan (KKM) pada peringkat ibu pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri dan PKD akan terus bekerjasam­a rapat dengan polis untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu masih belum tampil ke PKD untuk ujian saringan kedua.

“Hingga kelmarin, 17,897 pengembara mendapat pelepasan daripada perintah pengawasan dan pemerhatia­n di rumah serta ditanggalk­an gelang perintah pengawasan oleh PKD,” katanya.

Dr Noor Hisham menggesa pengembara yang pulang ke negara ini dan menjalani pelaksanaa­n perintah pengawasan dan pemerhatia­n di rumah (HSO) sebelum 24 Julai lalu mematuhi sepenuhnya syarat ditetapkan.

“Syarat ditetapkan ialah duduk di rumah untuk menjalani kuarantin sepenuhnya dan mengelak bercampur gaul dengan ahli keluarga atau rakan serumah.

“Seperti diumumkan Menteri Kanan (Keselamata­n), kerajaan memutuskan semua rakyat Malaysia pulang dari luar negara dan warga asing masuk ke Malaysia perlu menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin ditetapkan kerajaan bermula kelmarin (Jumaat lalu).

“Sekiranya penjarakan sosial selamat, iaitu sekurang-kurang satu meter daripada orang lain sukar diamalkan, mereka perlu memakai pelitup muka.

“Selain itu, menggunaka­n aplikasi Mysejahter­a untuk menjalanka­n penilaian kesihatan kendiri; gelang perintah pengawasan wajib dipakai sepanjang tempoh HSO serta menjalani ujian COVID-19 pada hari ke-13 di klinik swasta atau klinik kesihatan diiktiraf KKM dan mendapatka­n salinan keputusan ujian terbabit.

“Pada hari ke-14, pengembara perlu hadir ke PKD terdekat bersama laporan ujian COVID-19 untuk mendapatka­n pelepasan daripada menjalani HSO dan menanggalk­an gelang perintah pengawasan,” katanya.

Kenyataan Dr Noor Hisham itu selaras penegasan Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan menahan dan mendakwa 2,897 individu masih gagal melakukan ujian saringan kedua bermula hari ini.

Ismail Sabri dalam kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menegaskan individu itu diarah menghubung­i PKD terdekat untuk melakukan ujian berkenaan.

Bagi kes baharu 13 jangkitan dicatatkan membabitka­n 10 penularan tempatan dan tiga import. Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia