Berita Harian

‘Sukar kawal SOP pusat hiburan, kelab malam’

Pembukaan semula premis masih dalam proses penelitian

- Oleh Sophia Ahmad sophia@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kesukaran mengawal prosedur operasi standard (SOP) pusat hiburan, kelab malam atau bar, menyebabka­n SOP itu masih tertangguh.

Menteri Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata pembukaan semula tempat hiburan itu masih dalam proses penelitian dan penyediaan SOP.

“Pusat hiburan kita mungkin susah nak kawal. Jadi, kita agak teliti dari segi SOP dan penguatkua­saannya.

“Sekiranya sudah siap SOP itu nanti, setiap pengusaha harus membuat permohonan kepada PBT (pihak berkuasa tempatan) di kawasan masing-masing untuk semakan bagi memastikan mereka mengikut SOP dengan ketat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perpustaka­an Komuniti Pei You dan Program Kesedaran Cegah Kebakaran di Kampung Baru Salak Selatan di sini, semalam.

Ditanya mengenai tindakan

Zuraida menyampaik­an ucapan

akan diambil terhadap pusat hiburan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya yang melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Zuraida berkata, tindakan boleh diambil PBT.

Katanya, sekiranya premis itu beroperasi secara haram, pengusaha dan pengunjung boleh dikenakan denda.

Media melaporkan seramai 310 pengunjung pusat hiburan berkenaan dikompaun selepas melanggar peraturan pelaksanaa­n PKPP kerana berkumpul.

Dalam perkembang­an berkaitan, Zuraida berkata, sanitasi bangunan awam akan dilakukan secara berkala dan pihaknya melihat selang masa yang sesuai bagi memastikan premis kekal bersih dan bebas virus.

Beliau berkata, cadangan itu selaras dengan objektif memastikan negara bebas sepenuhnya daripada ancaman virus berbahaya, termasuk COVID-19.

Katanya, kemunculan beberapa kluster baharu ialah petunjuk agar agensi kerajaan sentiasa bersedia dan proaktif dalam memastikan keselamata­n rakyat.

“Kita dapat lihat bahawa ada trend yang baharu muncul atau kluster, walaupun tidak mendadak.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat

sudah saya arahkan untuk membuat program sanitasi semula, atau lawat semula kawasan yang perlu (disanitasi),” katanya.

Mengulas lanjut Zuraidah berkata, selang masa tempoh yang dipertimba­ng untuk proses sanitasi itu antara enam bulan hingga 12 bulan, bergantung kepada keperluan.

“Bagi peringkat PBT, kita akan pastikan mereka lakukan kawalan mengikut SOP ditetapkan sebelum ini, termasuk peraturan yang mewajibkan orang ramai menggunaka­n topeng muka di kawasan umum menjelang 1 Ogos,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? pada Majlis Perasmian Perpustaka­an Komuniti Pei You di Dewan Orang Ramai Kampung Baru, Salak Selatan, semalam.
(Foto BERNAMA) pada Majlis Perasmian Perpustaka­an Komuniti Pei You di Dewan Orang Ramai Kampung Baru, Salak Selatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia