Berita Harian

20 individu ditahan ingkar PKPP, 597 kena kompaun

-

Putrajaya: Polis menahan reman 20 individu kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), manakala 597 individu lagi dikompaun.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata antara kesalahan ingkar arahan PKP yang dilakukan ialah mengunjung­i pub dan kelab malam membabitka­n 331 individu.

“Seramai 286 individu pula ditahan kerana menyertai aktiviti membabitka­n kehadiran orang ramai sehingga menyukarka­n penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, polis membuat 61,715 pemeriksaa­n bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP, kelmarin.

“Sebanyak 2,736 pasukan pematuhan membabitka­n 12,520 anggota membuat pemantauan di 4,238 pasar raya, 5,903 restoran serta 1,999 penjaja, 1,225 kilang, 3,634 bank dan 682 pejabat kerajaan.

“Selain itu, turut dipantau ialah 1,205 terminal pengangkut­an darat, 232 terminal pengangkut­an air serta 88 terminal pengangkut­an udara,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ismail Sabri berkata, polis dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah membuka 266 kertas siasatan berhubung berita palsu berkaitan COVID-19.

“Daripada jumlah itu 172 kes masih dalam siasatan, manakala 30 kes sudah didakwa di mahkamah, 12 lagi diberikan notis amaran, 13 dalam proses perbicaraa­n dan 17 individu mengaku bersalah.

“Tiada pertambaha­n kertas siasatan baharu yang dibuka oleh polis dan SKMM dalam tempoh lebih dua bulan yang lalu dan ini menunjukan bahawa kesedaran masyarakat terhadap penyebaran berita palsu sudah meningkat.

“Namun begitu, polis dan SKMM sedang dalam proses penilaian beberapa laporan yang diterima berkenaan berita palsu mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

 ?? (Foto Malai Rosmah Tuah/bh) ?? Orang ramai menjalani pemeriksaa­n suhu badan sebelum memasuki kawasan Tamu Jalan Gaya bagi mematuhi SOP yang ditetapkan dalam tempoh pelaksanaa­n PKPP di Kota Kinabalu.
(Foto Malai Rosmah Tuah/bh) Orang ramai menjalani pemeriksaa­n suhu badan sebelum memasuki kawasan Tamu Jalan Gaya bagi mematuhi SOP yang ditetapkan dalam tempoh pelaksanaa­n PKPP di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia