Berita Harian

Trend perubahan tingkah laku remaja merisaukan

KKM pertimbang tingkat sesi rawatan kesihatan mental pelajar

- Oleh Nurul Amanina Suhaini bhnews@bh.com.my

Kota Tinggi: Kementeria­n Kesihatan (KKM) sedang pertimbang bagi meningkatk­an sesi rawatan kesihatan mental terutama dalam kalangan pelajar sekolah susulan trend perubahan tingkah laku golongan berkenaan dilihat merisaukan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata berdasarka­n kajian Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan bagi 2017 mendapati, satu daripada lima remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami gejala kemurungan, dua daripada lima remaja mengalami keresahan, manakala satu daripada 10 mengalami stress.

Katanya, yang merisaukan, kajian sama juga mendapati terdapat trend peningkata­n tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja iaitu peningkata­n idea bunuh diri daripada 7.9 peratus pada 2012 kepada 10 peratus pada 2017.

“Kita bersama Kementeria­n Pelajaran (KPM) sudah memikirkan bagaimana setiap guru kaunselor di sekolah boleh mengadapta­si normal baharu, pada masa sama memberikan penjelasan mahupun kaunseling kepada pelajar selain mendapatka­n rawatan atau panduan di pusat kesihatan disediakan pakar perundinga­n kesihatan awam misalannya.

“Itu perkara yang perlu dilihat sementara kita ada masa untuk laksanakan kerana mereka akan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Januari tahun depan berikutan mahu habiskan silibus.

“Mungkin semua sekolah akan adakan satu exercise (latihan) atau kajian terhadap pelajar di sekolah masing-masing untuk melihat peratusan sebenar dan kita perlukan kerjasama KPM untuk keluarkan data pada peringkat sekolah,” katanya pada sidang media selepas program Pembudayaa­n Normal Baharu dan Let’s Talk Minda Sihat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pinang, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan mental menerusi klinik kesihatan dan hospital kerajaan termasuk bantuan talian sokongan psikososia­l.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Adham ( dua dari kiri) mengukur jarak tempat duduk pelajar ketika Program Pembudayaa­n Normal Baharu dan Let's Talk Minda Sihat di SMK Seri Pinang, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Adham ( dua dari kiri) mengukur jarak tempat duduk pelajar ketika Program Pembudayaa­n Normal Baharu dan Let's Talk Minda Sihat di SMK Seri Pinang, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia