Berita Harian

‘Bilangan penduduk isi banci dalam talian masih bawah sasaran’

- BERNAMA

Kuala Lumpur: Hampir 500,000 penduduk sudah mengisi maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian atau e-census, sejak 7 Julai lalu.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata jumlah itu bagaimanap­un masih di bawah sasaran, selaras bilangan penduduk negara ini berjumlah kira-kira 32 juta orang yang direkodkan kini.

Justeru, beliau berkata, pihaknya sedang mempergiat promosi untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai pelaksanaa­n Banci 2020.

“Hari ini (semalam), kita mengadakan program bersama Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) sebagai promosi kepada penjawat awam,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kongres CUEPACS dan Promosi Pelaksanaa­n Banci, di sini, semalam.

Mohd Uzir yang juga Pesuruhjay­a Banci 2020 turut meminta kira-kira 1.62 juta penjawat awam untuk membantu menghebahk­an mengenai e-census kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

“Jika bilangan penduduk yang mengisi e-census mampu mencecah 20 juta, pelaksanaa­n banci secara rumah ke rumah akan menjadi lebih mudah pada Oktober ini kerana berbaki lebih 10 juta sahaja,” katanya.

Projek bancian yang memasuki tahun keenam itu membabitka­n kira-kira 32.7 juta penduduk dan sembilan juta kediaman.

Ia dijalankan dalam dua fasa dengan yang pertama bermula dari 7 Julai hingga 30 September ini melalui e-census, manakala fasa kedua bermula dari 7 hingga 24 Oktober menggunaka­n kaedah temu ramah secara bersemuka.

Jika bilangan penduduk yang mengisi e-census mampu mencecah 20 juta, pelaksanaa­n banci secara rumah ke rumah akan jadi lebih mudah pada Oktober ini kerana berbaki lebih 10 juta sahaja.

Mohd Uzir Mahidin,

Ketua Perangkawa­n Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia