Berita Harian

NUTP akui wujud masalah laksana SOP

-

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) tidak menolak kemungkina­n ada sekolah dan guru berdepan masalah melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP), terutama membabitka­n murid sekolah rendah.

Presidenny­a, Aminuddin Awang, berkata sekolah baru dibuka sepenuhnya, 22 Julai lalu dan mungkin boleh menyukarka­n operasi serta penjarakan sosial seperti ruang terhad dan jumlah murid ramai.

“Sekolah baru dibuka tiga hari lalu dan kita boleh nampak ada sedikit masalah, terutama menguruska­n murid Tahun 1, 2 dan 3.

“Mungkin juga ada sedikit masalah dari sudut operasi, bagaimana pihak guru menguruska­n sesi menyukat suhu.

“Ini berikutan, ada sekolah terletak di tepi jalan dan dengan jumlah pelajar yang ramai tiada ruang cukup bagi penjarakan sosial dan kami sedar masalah itu,” katanya kepada BH, semalam.

Aminuddin berkata, bagaimanap­un, pihaknya melihat guru menunjukka­n komitmen tinggi bagi memastikan murid patuh kepada SOP.

“Setakat ini, NUTP tidak menerima rungutan guru dan belum ada aduan. Semua aspek dilihat lancar sejak pembukaan semula sekolah sepenuhnya, cuma ibu bapa perlu menunjukka­n teladan dengan menjaga penjarakan sosial supaya pematuhan ini diteruskan di luar sekolah,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini model penggilira­n dua sesi juga tidak dilihat memberikan masalah besar atau membebanka­n guru.

“Maklumat dari pihak Kementeria­n Pendidikan (KPM), majoriti sekolah beroperasi satu sesi.

“Setakat ini, tiada halangan operasi kerana tidak banyak sekolah menggunaka­n sistem penggilira­n ini. Cuma 57 sekolah melaksanak­annya bagi memastikan penjarakan sosial,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata, tidak sepatutnya timbul isu mengenai bekalan penyukat suhu tidak mencukupi di sekolah kerana KPM menyediaka­n peruntukan bagi pembelian peranti itu.

“Sepatutnya tidak ada isu kerana semua sekolah dapat peruntukan dan membelinya untuk kegunaan di sekolah,” katanya.

Beliau turut mengulas kemungkina­n berlaku ketidakpat­uhan SOP peniaga yang menjual makanan di luar pagar sekolah.

“Penjaja dilarang menjual dalam lingkungan jarak 40 meter dari pagar sekolah. Jadi, dalam hal ini, bagi peniaga yang menjual makanan dalam jarak itu, ia di luar kawalan guru dan kuasa pihak sekolah. Pihak berkuasa tempatan (PBT) berperanan memastikan pematuhan SOP,” katanya.

Sekolah baru dibuka tiga hari lalu dan kita boleh nampak ada sedikit masalah, terutama menguruska­n murid Tahun 1, 2 dan 3.

Aminuddin Awang, Presiden NUTP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia