Berita Harian

PATI ceroboh rizab paya bakau kena tindakan

-

Larut: Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli akan mengambil tindakan terhadap penceroboh tanah rizab hutan paya bakau Bukit Malut, Langkawi.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata petempatan berkenaan dibina secara haram dan pihak berkuasa akan mengambil langkah sewajarnya.

Beliau berkata, pihaknya perlu mendapat laporan terperinci mengenai isu itu sebelum mengambil tindakan susulan, berdasarka­n peraturan sedia ada.

“Pihak kementeria­n mengambil maklum perkara berkenaan yang menjadi viral dan mendapat perhatian pelbagai pihak,” katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Pata Laut Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan 2020 di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan BH semalam, berhubung gesaan penduduk Langkawi agar Kerajaan Persekutua­n melakukan pemutihan terhadap kira-kira 10,000 warga Myanmar yang mendiami kawasan itu dikenali sebagai penempatan pendatang tanpa izin (PATI).

Sementara itu, mengenai sambutan semalam, Shamsul Anuar berkata, kementeria­nnya kekal komited untuk memelihara dan memulihara kawasan paya bakau laut di seluruh negara yang mempunyai spesies flora yang tinggi, iaitu 42 daripada 52 spesies bakau yang ada di Asia Tenggara.

“Kita harus menjaga ekosistem ini kerana ekosistem paling terancam di dunia.

“Kadar kehilangan hutan paya laut tiga hingga lima kali lebih tinggi daripada kadar kehilangan hutan global,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, hutan paya laut berpotensi menjadi destinasi pelanconga­n dan mengambil contoh penanaman pokok ru di Pantai Senok, Bachok yang terkenal dalam kalangan pengunjung sebagai Pulau Nami Malaysia. Pulau Nami ialah destinasi pelanconga­n terkenal di Korea Selatan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Shamsul Anuar pada majlis perasmian Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan 2020 di Pusat Eko-pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, semalam.
(Foto BERNAMA) Shamsul Anuar pada majlis perasmian Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan 2020 di Pusat Eko-pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia