Berita Harian

Pertanian jamin bekalan makanan berterusan

- M Saraswathi adalah Editor Perkhidmat­an Berita Ekonomi BERNAMA

Membesar di kampung kecil di Kedah, bekalan sayur-sayuran asas untuk keperluan di rumah adalah dari tanah kecil mendiang nenek, K Nagamaa yang bekerja tiga hingga empat jam setiap hari tanpa jemu. Kami juga mempunyai jagung.

Kadangkala, hasilnya banyak dan beliau akan berjalan sejauh 5 hingga 6 kilometer untuk ke bandar terdekat dan menjualnya kepada sebuah restoran.

Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz yang kadangkala tidak sempurna, tidak seperti sering kita dapati di pasar basah atau pasar raya, tetapi rasanya tetap enak, malah lebih baik.

Tiga dekad kemudian, sayur-sayuran ini tergolong dalam kategori ‘tidak cantik’ dan tidak akan sampai ke rantaian bekalan atau ke meja makan.

Ia amat mengejutka­n apabila saya membaca satu artikel baru-baru ini di vox.com, memetik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS), yang menganggar­kan satu pertiga daripada semua hasil petani tidak dimakan, berjumlah kira-kira AS$161.6 bilion (RM688.8 bilion).

Kebanyakan sisa ini mempunyai kaitan dengan isu logistik, tetapi sebahagian­nya dibuang kerana alasan kosmetik.

‘Hasil tidak cantik,’ katanya, sering tidak menarik untuk dijual dan dibuang, sama ada kerana sebiji epal lebam atau kerana bentuk lobak itu terlalu aneh untuk dijual, menurut artikel oleh Chavie Lieber.

Mungkin ‘diskrimina­si’ sama juga wujud di negara ini - sesuatu boleh diberi perhatian dan diambil kira.

Walaupun sektor pertanian dan kelestaria­nnya penting dalam kehidupan seharian serta menyediaka­n pekerjaan kepada ribuan orang, ia kurang mendapat perhatian hingga krisis seperti COVID-19 melanda dan rantaian bekalan lumpuh. Bagaimanap­un, topik itu hilang secara beransur-ansur apabila rak makanan diisi semula.

Jangan lupa kita berada di kemuncak pandemik di negara ini ketika petani di Cameron Highlands yang mengekspor­t lebih 40 peratus hasil mereka ke Singapura, Brunei dan Hong Kong, terpaksa membuang produk mereka berikutan kurang kejelasan dan aktiviti pengangkut­an terhenti disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Cabaran dihadapi petani, kebergantu­ngan kepada orang tengah berikutan kekurangan rantaian bekalan berkesan, kos baja dan keperluan untuk menarik generasi muda ke dalam industri menjadi topik hangat untuk dibincangk­an.

Berapa banyak kerja dilakukan untuk membaiki keadaan terus menjadi persoalan.

Walaupun beberapa negara seperti Malaysia mempunyai banyak dan pelbagai bekalan pertanian, di tempat lain terdapat kekurangan berikutan data menunjukka­n lebih 820 juta orang tidak mempunyai bekalan mencukupi - bukti kukuh kepada ketidaksei­mbangan.

Selain itu, sistem makanan mempunyai hadnya, gagal membekalka­n makanan kepada dunia dengan baik, menurut artikel Mengapa Sistem Makanan Mampan Diperlukan Dalam Dunia Selepas COVID oleh Nicoletta Batini, James Lomax dan Divya Mehra dalam blog Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF).

Artikel itu menyebut makanan dihasilkan melalui penggunaan bahan kimia berlebihan, dalam sistem tanaman monokultur dan penternaka­n haiwan secara intensif di darat serta laut merosakkan sumber semula jadi dengan lebih cepat daripada haiwan itu membiak dan menyebabka­n satu perempat daripada semua pelepasan gas rumah hijau buatan manusia.

Membina semula ekonomi selepas krisis COVID-19 menawarkan peluang unik untuk mengubah sistem makanan global dan menjadikan­nya berdaya tahan untuk kejutan masa depan, memastikan pemakanan sihat dan mampan untuk semua, katanya.

Kita boleh bermula secara kecil dengan meningkatk­an sebahagian keperluan harian kita dan membantu membaikiny­a, kemungkina­n kekurangan dalam rantaian bekalan makanan dan impaknya kepada pelepasan gas rumah hijau.

Justeru, peristiwa ‘kawasan tanaman kecilnya’ nenek berusia 82 tahun, N Veeramah yang dimusnahka­n Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kerana menggunaka­n kawasan umum untuk menanam sayur-sayuran, tidak sepatutnya berlaku.

Catatan cucu perempuann­ya, Selvi Aldragen di Facebook pada awal bulan ini, yang dikesalkan ialah MBS dapat menunjukka­n sedikit belas kasihan terhadap neneknya dan memberinya masa mencukupi untuk memindahka­n sayur-sayuran itu ke pasu.

Sebaliknya, saya percaya MBS seharusnya menggalakk­an beliau untuk melakukann­ya dengan lebih banyak dan menjadikan­nya sebagai contoh bagaimana pada usia sedemikian beliau masih bertani dan malah, dapat menjana wang ketika PKP.

Oleh itu, persoalan tetap ada - adakah kita memanfaatk­an sebahagian besar tanah, teres dan balkoni?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia