Berita Harian

UMNO Perak teliti calon PRK DUN Slim

Nama, profil dicadang dihantar kepada presiden untuk dipilih bertanding

-

Ipoh: UMNO Perak sedang mengumpul maklumat calon yang dicadangka­n untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, bulan depan.

Pengerusi Perhubunga­n UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang dilantik sebagai Pengarah PRK DUN Slim, berkata maklumat profil calon dicadangka­n daripada pelbagai pihak akan dibawa kepada pengetahua­n presiden parti dan Jawatankua­sa Pengurusan Parti untuk diselidik terlebih dahulu.

“Kami masih mempunyai masa sebelum proses penamaan calon pada 15 Ogos depan. Nama dicadangka­n akan disenarai pendek sehingga calon paling sesuai dipilih untuk bertanding,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Bulanan UMNO Perak di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, agenda mesyuarat bermula jam 9 malam itu turut membabitka­n perbincang­an mengenai PRK yang menyaksika­n 24 Ketua UMNO Bahagian di

Perak serta ketua sayap menyatakan persetujua­n untuk bergerak sehati sejiwa bagi memastikan kemenangan PRK berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Saarani berharap Perikatan Nasional (PN) Perak terdiri daripada BN, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan memberi sokongan padu terhadap calon akan dipilih bagi mewakili gabungan PN.

“Insya-allah calon BN akan mendapat sokongan PAS dan BERSATU seperti di PRK DUN Chini, Cameron Highlands dan Rantau,” katanya.

Saarani turut berterima kasih kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Kami masih mempunyai masa sebelum proses penamaan calon pada 15 Ogos depan. Nama dicadangka­n akan disenarai pendek sehingga calon paling sesuai dipilih untuk bertanding.

Saarani Mohamad, Pengerusi Perhubunga­n UMNO Perak

yang Pengerusi Perhubunga­n BERSATU Perak atas sokongan penuh yang dinyatakan kepada calon yang akan terpilih untuk mewakili PN.

PRK DUN Slim akan diadakan 29 Ogos depan, berikutan kematian penyandang­nya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, Mohd Khusairi mewakili BN mengekalka­n kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan BERSATU yang bertanding atas tiket PKR diwakili Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan daripada jumlah itu 32 membentuk Perikatan Nasional, terdiri daripada 25 BN yang kesemuanya UMNO, BERSATU (empat), PAS (tiga) manakala DAP (16), Parti Amanah Negara (lima), PKR (tiga), Bebas (dua) serta GERAKAN (satu). BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia